Kredibiliti kerajaan perpaduan rosak jika tidak dakwa Zeti dan Nazlan segera.
Oleh Adam Malik
Sebaik sahaja kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendapat mandat kuasa sebagai kerajaan , antara yang awal disebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah akan membasmi rasuah dan tidak akan melindung Menteri yang didapati rasuah.
Kenyataan DSAI ini sangat gah dan holistik.
Namun, pengisian kepada kenyataan ni hanya Nampak ada kebenaran jika diiring dengan perbuatan dan ‘follow up” dengan Tindakan.
Antara perkara paling utama kerajaan DSAI harus lakukan adalah segera mendakwa Bekas Gabenor Zeti Aziz dan Hakim Nazlan Mohd Ghazali yang ada kes rasuah tetapi masih belum didakwa dakwa lagi sehingga kini.
Kedua kes ini menjadi “Elephant in the room” kepada semua Perdana Menteri kerana menampak kan semua Perdana Menteri tidak berkuasa melaksanakan kes rasuah ini , seolah olah ada tangan ghaib yang mengawal entiti perundangan.
Selain itu, selagi kes ini tidak dibawa kemahkamah , maka semua mereka yang ingin bercakap mengenai anti rasuah dan benci rasuah dilihat sebagai hipokrit dan cakap kosong sahaja.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO , Dr Puad Zarkashi juga baru2 ini ada membuat kenyataan berkenaan dua kes berprofil tinggi ini.
Dr Puad dalam lontaran di Facebook nya bertanya berkenaan kes rasuah Hakim Nazlan yang telah lama diselesaikan siasatan nya dan kertas lengkap sudah pun berada di Pejabat Peguam Negara namun masih belum diambil apa2 tindakan setelah hampir setahun.
Ini , menurut Dr Puad mengesahkan bahawa dakwaan terhadap Mantan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan juga Presiden UMNO sekadar dakwaan terpilih dan dakwaan politik sahaja.
Maka , jika benar bagai dikata oleh DSAI bahawa kerajaan nya membenci rasuah, maka ia perku dibuktikan dengan mengarahkan dakwaan disegerakan untuk menunjukan kerajaan nya tidak melindung sebarang rasuah.
Ia bukan campurtangan pun kerana kes memang ujud Cuma masih belum didakwa dakwa lagi.
Ini peluang terbaik untuk membuktkan bahawa kerajaan Perpaduan sememang nya telus dan benar dalam memerangi rasuah.