Lelaki maut kereta tembung pikap

MIRI: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya bertembung sebuah pikap dalam kemalangan di Jalan Bakam, Miri-Bintulu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata mangsa terkorban dalam nahas kira-kira jam 5.10 pagi itu dikenali sebagai Anchis Bedit, 54.

Beliau berkata, insiden berlaku ketika pikap dipandu lelaki berusia 40 tahun itu dalam perjalanan dari pusat bandar menghala ke Bekenu, manakala kereta jenis Proton Saga dipandu mangsa datang dari arah sebaliknya.

“Nahas berlaku apabila pemandu pikap terbabit dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal di hadapannya sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Saga berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, pemandu Proton Saga yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Miri, namun disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker