Mangsa banjir di Pahang, Perak, Terengganu dan Johor meningkat, Kelantan kekal

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Pahang, Perak, Terengganu dan Johor menunjukkan peningkatan berbanding semalam, manakala di Kelantan kekal.

Di PAHANG, terdapat 449 mangsa banjir pagi ini berbanding 444 orang malam tadi, melibatkan tiga daerah iaitu Temerloh dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 346 mangsa, selain Bera (dua PPS, 35 mangsa) dan Pekan (sebuah PPS, 68 mangsa).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan, Sungai Triang di Bera melebihi paras bahaya manakala dua lagi sungai di paras amaran ialah Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan dan Sungai Jempol di Maran.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula meramalkan Pekan bakal mengalami hujan pagi ini, manakala Temerloh dan Bera dijangka hujan pada petang serta malam.

Sementara itu, di KELANTAN, JPBN negeri berkenaan merekodkan jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal dengan 1,929 orang daripada 601 keluarga pagi ini, sama seperti direkodkan malam tadi dan kesemua mangsa ditempatkan di tujuh PPS di jajahan tersebut.

Tujuh PPS terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin, PPS Putat Tujoh, SK Kubang Kual dan SK Sri Kiambang. –

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button