Puluhan penerbangan di UK terpaksa digantung akibat cuaca buruk

Puluhan penerbangan di UK terpaksa digantung akibat cuaca buruk

Puluhan penerbangan di UK terpaksa digantung akibat cuaca buruk

LONDON: Semua penerbangan digantung di Lapangan Terbang Stansted selepas landasannya terpaksa ditutup kerana cuaca buruk.

Lapangan Terbang Heathrow dan Gatwick juga membatalkan serta menangguhkan penerbangan selepas salji, ais dan kabus beku melanda United Kingdom (UK).

Amaran cuaca kuning kekal di Scotland, London dan barat daya England sehingga awal pagi tadi dengan gangguan dijangka berterusan.



Perkhidmatan kereta api turut ditangguhkan dan pemandu diberi amaran untuk berhati-hati selepas beberapa kemalangan dilaporkan di lebuh raya.

Wakil pengurusan Lapangan Terbang Stansted berkata, semalam, satu-satunya landasannya ditutup untuk membolehkan pelepasan salji disebabkan keadaan cuaca beku.

“Kelewatan penerbangan dialami lebih awal kerana penyahcairan ais pesawat yang merupakan tanggungjawab pengendali darat dan keselamatan pesawat serta penumpang adalah keutamaan kami.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Penumpang dinasihatkan untuk menyemak dengan syarikat penerbangan mereka bagi mengetahui status semasa penerbangan mereka,” jelas seorang jurucakap.



Lebih 50 penerbangan dibatalkan di Heathrow selepas kabus beku mengakibatkan sekatan kawalan trafik udara ke atas bilangan pesawat yang boleh mendarat dan berlepas dalam setiap jam.

British Airways, syarikat penerbangan terbesar di Heathrow, berkata, pihaknya memohon maaf kepada pelanggan dan telah membayar balik atau menempah semula penerbangan yang telah dibatalkan selain turut menyediakan minuman serta baucar hotel jika diperlukan.

Jelas syarikat itu, Heathrow akan menyekat penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang sekali lagi bermula esok bermakna lebih banyak gangguan bakal berlaku.-AGENSI

Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?

Puluhan penerbangan di UK terpaksa digantung akibat cuaca buruk


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker