Sonny Bill Williams sokong Maghribi

Wellington: Bekas bintang All Blacks, Sonny Bill Williams akan terbang ke Qatar untuk memberi sokongan kepada Maghribi pada aksi separuh akhir Piala Dunia menentang Perancis, awal pagi Khamis ini.

Williams, seorang yang patuh kepada agama Islam menerusi akaun sosial medianya menulis: “Bawa keluarga saya ke Qatar untuk menyaksikan Maghribi menentang Perancis! Sangat bersemangat untuk saudara Afrika saya.”

Bintang ragbi berusia 37 tahun itu yang pernah menyarung jersi New Zealand selain turut beraksi dalam acara tinju profesional, sebelum ini hanya menyokong Maghribi dari jauh sepanjang kempen Piala Dunia setakat ini.



Dia pernah meramalkan Maghribi akan menewaskan Portugal pada aksi suku akhir apabila menulis di akaun media sosialnya: “InsyaAllah kemenangan menanti saudara Maghribi kita malam ini.”

Ramalannya itu tepat apabila Maghribi menewaskan Portugal yang diperkuat Cristiano Ronaldo 1-0.

Kini Williams dan keluarganya akan berkunjung ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir antara Maghribi dan Perancis di Stadium Al Bayt.

Williams sebelum ini di media sosialnya berkata dia dapat bertemu dengan dengan begitu ramai saudara Maghribi yang baik sepanjang dua tahun beraksi di Perancis.



Maghribi yang menduduki ranking ke-22 di dunia adalah negara Arab dan Afrika pertama berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia.

Mereka mengejutkan pasukan gergasi di Qatar iaitu mengetepikan Sepanyol menerusi penentuan penalti pada pusingan 16 sebelum kemenangan suku akhir ke atas Portugal.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button