2,014 mangsa banjir di Kelantan

2,014 mangsa banjir di Kelantan
Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tok Deh di Pasir Mas, Rantau Panjang. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

2,014 mangsa banjir di Kelantan

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan menurun sedikit kepada 2,014 mangsa setakat jam 9 pagi ini berbanding 2,018 orang malam tadi.

Jumlah itu membabitkan daripada 634 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, mangsa banjir berkenaan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh seramai 712 orang, diikuti SK Gual Periok dengan jumlah 544 orang.



Mereka juga ditempatkan di SK Kubang Kual (251 orang), PPS Putat Tujoh dengan jumlah 157 orang, SK Sri Kiambang (234 orang), Masjid Mukim Padang Licin seramai 69 orang dan SK Kedai Tanjong seramai 47 orang.

Sementara itu, menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air/?lang=en melaporkan, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sedikit menurun berbanding semalam, namun masih melebihi paras bahaya dengan bacaan 9.26 meter (m).

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula sedikit meningkat dan melepasi paras amaran iaitu 2.16m.

Lagi bom meletup di laluan kereta api selatan Thailand, tiga maut



2,014 mangsa banjir di Kelantan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button