Piala AFC: Sabah FC lakar kemenangan bergaya

Piala AFC: Sabah FC lakar kemenangan bergaya

Piala AFC: Sabah FC lakar kemenangan bergaya
Saddil Ramdani (kiri) antara tunjang pasukan Sabah FC untuk tewaskan Hougang United sebentar tadi. – Foto ihsan Facebook AFC Cup

PETALING JAYA – Pasukan Sabah FC memulakan kempen Piala AFC dengan langkah kanan selepas menewaskan wakil Singapura, Hougang United 3-1 pada aksi pertama Kumpulan H sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Likas itu, skuad The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee membariskan kesebelasan terbaik dengan kehadiran tonggak penting seperti Saddil Ramdani, Darren Lok dan Park Tae-su.

Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk mendahului hasil tandukan Gabriel Peres yang menyudahkan hantaran Daniel Ting seawal minit ke-4 perlawanan.



Penyokong Sabah semakin ceria apabila Darren menggandakan kelebihan selepas meledak gol menarik hasil sepakan sudut yang diambil oleh Saddil pada minit ke-28.

Bersambung pada babak kedua, pasukan pelawat berjaya merapatkan kedudukan hasil jaringan pemain import Hougang United, Takayama Kazuma pada minit ke-61.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid




Namun, kegembiraan tuan rumah tidak bertahan lama apabila Darren sekali lagi melebarkan kelebihan dengan meledak gol kedua peribadi berselang satu minit kemudian.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat tuan rumah. – KOSMO! ONLINE

Piala AFC: Sabah FC lakar kemenangan bergaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button