Dalic sedar Croatia tiada penyerang tulen

DOHA: Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic menyesali kekurangan penjaring gol tulen buat pasukannya selepas naib juara 2018 itu tewas 3-0 di tangan Argentina pada separuh akhir Piala Dunia sebentar tadi.

Lionel Messi meledak jaringan kelimanya pada kejohanan kali ini menerusi penalti bagi meletakkan pasukan Amerika Selatan itu di depan sebelum Julian Alvarez meledak pada kedua-dua babak.

Croatia bermula dengan baik tetapi hanya berupaya mencipta dua cubaan tepat ke arah gol pada keseluruhan aksi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Argentina atas kemenangan itu,” kata Dalic. “Kami perlu terus bersatu, kembali mencari keyakinan. Saya tidak boleh salahkan pemain atas semua yang berlaku – kami akan bertarung untuk tempat ketiga.

“Tidak banyak yang kami perlu rungutkan.”

Dalic berkata pasukannya mencipta “situasi yang bagus” tetapi gagal menyempurnakan peluang terhidang.

“Kami sudah mempersiapkan semuanya tetapi kami tiada penyerang tulen,” katanya.

“Kami tewas perlawanan ini, tiada apa yang saya kesali terhadap pemain. Mereka sudah memberikan yang terbaik dalam keseluruhan kejohanan…. Ia kekalahan yang kami berhak terima.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker