Pink Racing terima bantuan Yamaha CKJ

Pink Racing terima bantuan Yamaha CKJ

Pink Racing terima bantuan Yamaha CKJ
NUR ATIKAH berterima kasih kepada Yamaha CKJ Racing kerana bekerjasama dengan Pink Racing untuk membina jentera lebih berdaya saing pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia tahun ini.

PASUKAN Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT) membawa pendekatan berani apabila membuat keputusan bekerjasama dengan pasukan ‘otai’ terutama Yamaha CKJ Racing untuk membina jentera lebih baik bagi menghadapi Kejuaraan Cub Prix Malaysia tahun ini.

Pemilik TCPRT, Nur Atikah Azwar berkata, keputusan untuk menjalankan kerjasama dengan pasukan CKJ telah bermula awal tahun ini memandangkan pasukannya masih ‘hijau’ untuk memberi tentangan ke atas pasukan lebih berpengalaman dalam kelas perdana CP150

Tegas Atikah, dia berterima kasih kepada Yamaha CKJ Racing kerana memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk membina jentera lebih baik terutama ketahanan enjin sewaktu bersaing dalam perlumbaan CP150.



“Kita tahu perlumbaan kelas perdana ini bukan mudah dan banyak perkara perlu dibuat terutama pembangunan enjin. Sebab itu, Pink Racing banyak mendapatkan khidmat nasihat dari CKJ agar kita tidak melakukan kesilapan.

“Seperti mana kita tahu, untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada pembuatan enjin akan melibatkan kos yang tinggi.

Sebagai pasukan yang masih baharu, bantuan yang diberikan CKJ menjimatkan kos kita secara keseluruhan.

“Apa yang saya lihat, prestasi enjin jentera kita pada ketika ini bertambah baik pada setiap pusingan perlumbaan. Sebab itu, kita tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi memandangkan pada tahun pertama Pink Racing adalah untuk mengambil data-data penting agar lebih bersedia tahun depan,” ujarnya.

Pada sesi kelayakan di Litar Iskandar Puteri, Johor semalam, tiga pelumba Pink Racing bergelut untuk mendapatkan catatan masa terbaik.



Bagaimanapun, Harith Farhan Baharin tampil positif pada sesi kelayakan sebelah pagi apabila menamatkan saingan di tempat ke-12 terpantas dan cuma ketinggalan 1.522 saat (s) dengan Akid Aziz yang menguasai Kelayakan CP150 A.

Pink Racing terima bantuan Yamaha CKJ


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker