Kini DUN Melaka Hanya Mempunyai 2 Wakil Pembangkang

Kini DUN Melaka Hanya Mempunyai 2 Wakil Pembangkang

Kini DUN Melaka Hanya Mempunyai 2 Wakil Pembangkang

5 ADUN Pakatan Harapan yang sebelum ini berada di blok pembangkang, kini telah beralih ke blok kerajaan di dalam DUN Melaka.

Sebelum ini, DUN Melaka mempunyai 21 ADUN dari blok kerajaan dan 7 ADUN dari blok pembangkang yang terdiri dari 5 dari PH dan 2 dari PN.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, hasil pertemuan dengan Ketua Menteri, Sulaiman Md. Ali telah mencapai kata sepakat untuk mengangkat semangat Kerajaan Perpaduan di negeri ini.



“Ini dapat dilihat menerusi perubahan kedudukan susunan ADUN dalam dewan serta pelantikan Ketua Pembangkang yang baharu”.

“Secara tidak langsung semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan turut dibawa di Melaka”.

“Kerajaan ini (Melaka) adalah Kerajaan Perpaduan”.

“Dalam tempoh yang singkat banyak penarikan yang kita buat”.



“Tapi saya yakin bahawa hasrat untuk memastikan kerajaan stabil dan melaksanakan pelbagai program yang berkaitan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Pengerusi BN Melaka, DS Ab. Rauf Yusoh berkata, setakat ini bentuk kerjasama itu belum diputuskan kerana perlu mendapat panduan daripada kepemimpinan tertinggi parti.

5 ADUN Pakatan Harapan tersebut adalah:

  • Adly Zahari – ADUN Bukit Katil
  • Leng Chau Yen – ADUN Bandar Hilir
  • Low Chee Leong – ADUN Kota Laksamana
  • Kerk Chee Yee – ADUN Ayer Keroh
  • Allex Seah Shoo Chin – ADUN Kesidang

Manakala 2 ADUN PN yang masih lagi berada di blok pembangkang ialah:

  • Dr. Mohd. Yadzil Yaakub – ADUN Bemban
  • Dr. Mohd. Aleef Yusof – ADUN Sungai Udang

Apakah kerajaan Johor juga akan mengikut langkah yang sama seperti kerajaan Melaka?

Setakat ini penulis belum menerima apa-apa maklumat mengenai perkara itu.

 

Kini DUN Melaka Hanya Mempunyai 2 Wakil Pembangkang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker