Resepi Cheesecake Nutella

Resepi Cheesecake Nutella
Resepi Cheesecake Nutella

 

Nutella Cheesecake, creamy dengan rasa cream cheese dan penuh rasa coklat hazelnut cream yang cair di mulut. Dihias pulak dengan topping Nutella yang menambahkan lagi rasa rich Nutella pada cheesecake ini. Penggemar Nutella harus cuba resepi ni, tak perlu bake pun. Sesiapa yang nak cuba berniaga dengan premium cheesecake ini pun boleh.

 

Bahan-bahan:

 



  • Bahan-bahan untuk lapisan biskut:
    • 1 ½ paket biskut oreo (biskut sahaja), anggaran 21 keping
    • 70g / 5 sudu besar mentega
  • Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
    • 500g krim keju
    • krim/inti tengah oreo
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 125g coklat gelap
    • 150g krim nutella
    • 3/4 sudu besar serbuk gelatin + 3 sudu besar air panas
    • 250ml dairy whipping cream
  • Bahan-bahan untuk topping:
    • anggaran 100g krim nutella

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk lapisan biskut:
    1. Asingkan kepingan biskut oreo dan krimnya.
    2. Hancurkan kepingan biskut oreo kepada serbuk halus.
    3. Cairkan butter dan tuang kedalam serbuk biskut orea lalu gaul sehingga sekata.
    4. Tuang masuk kedalam loyang serta tekan dan ratakan biskut orea sebagai lapisan bawah cheesecake.
    5. Sejukkan kedalam peti sejuk.
  2. Cara-cara untuk lapisan cheese:
    1. Panaskan atau double boil coklat gelap sehingga cair dan ketepikan dahulu.
    2. Tekan dan hancurkan krim keju lalu masukkan krim/inti tengah oreo. Gaulkan kesemuanya.
    3. Putar krim putar tenusu yang sejuk sehingga kental dan pekat.
    4. Masukkan esen vanilla, coklat gelap, krim Nutella, dan gelatin kedalam adunan krim keju sambil digaul adunan.
    5. Masukkan krim putar sedikit demi sedikit dan gaul bahan adunan sehingga sekata.
  3. Cara-cara untuk cheesecake Nutella:
    1. Tuang adunan cheese kedalam loyang diatas lapisan biskut yang telah disejukkan.
    2. Ratakan adunan lapisan cheese dan hentakkan adunan beberapa kali bagi hilangkan ruang udara didalam loyang.
    3. Tutup loyang dengan aluminium foil lalu simpan dalam peti sejuk dalam anggaran masa minimum 4-5 jam.
    4. Keluarkan daripada loyang dan ratakan bahagian tepi cheesecake supaya lebih kemas.
    5. Hias menggunakan krim Nutella yang telah dimasukkan kedalam piping bag mengikut kreativiti.
    6. Kemudian, cheesecake Nutella siap untuk dihidang.

 

Tip:

 



  • Cara hancurkan biskut oreo adalah samada menggunakan food processor, mesin pengisar kering atau gunakan plastik dengan ketuk biskut secara manual.
  • Jika mahu menggacau krim keju bersama bahan lain, boleh sahaja digunakan electric hand mixer atau stand mixer. Jika tidak, gunakan saja senduk untuk gaul sebati kesemua bahan.
  • Bancuhan gelatin mestilah digaul dengan air panas kemudian, bancuhan dipanaskan seperti double boil tetapi hanya cairkan dengan air panas supaya gelatin menjadi cair sekata. Pastikan bancuhan gelatin dalam keadaan suam untuk dimasukkan kedalam adunan cheesecake.
  • Gunakan kain yang direndam dengan air suam dan lilit loyang supaya cheesecake Nutella mudah tertanggal daripada loyang.
  • Cheesecake Nutella juga boleh dihiaskan selain Nutella seperti buah strawberry, coklat Kitkat dan pelbagai lagi mengikut kreativiti masing-masing.
  • Jika mahu memotong kek, rendamkan pisau dengan air panas dan lap pisau setiap kali sebelum dan selepas potong cheesecake.

Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja

Resepi Cheesecake Nutella


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button