2,019 mangsa banjir di Kelantan

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 2,019 mangsa setakat jam 9 pagi ini, berbanding 2,014 petang semalam.

Jumlah itu membabitkan daripada 637 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, mangsa banjir berkenaan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh seramai 712 orang, diikuti SK Gual Periok dengan jumlah 544 orang.

Mereka juga ditempatkan di SK Kubang Kual (256 orang), PPS Putat Tujoh dengan jumlah 157 orang, SK Sri Kiambang (234 orang), Masjid Mukim Padang Licin seramai 69 orang dan SK Kedai Tanjong seramai 47 orang.

Sementara itu, menurut laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my, setakat 9 pagi hari ini, Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan bacaan paras amaran iaitu 8.98 meter (m).

Sungai Golok di Kuala Jambu pula menunjukkan bacaan paras berjaga-jaga iaitu 2.12 m.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker