Ada Yang Sindir DSV Tertidur Ketika Sesi Live? [VIDEO]

“Itulah Duit Bazirkan Buat Muzik Video”

Ada Yang Sindir DSV Tertidur Ketika Sesi Live?

Ada Yang Sindir DSV Tertidur Ketika Sesi Live?

Baru-baru ini, usahwan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi potongan video ketika beliau sedang bersiaran langsung (live) di TikTok untuk tujuan berniaga.

Demi Cari Rezeki

Menurut DSV, kadang-kadang beliau berasa penat kerana selalu melakukan sesi live untuk tempoh yang lama demi mencari rezeki.

“Tertidur masa live tadi, kadang-kadang penat, inilah kehidupan saya, live dari pagi ini sampai pagi esok. tak pernah putus asa walaupun kadang-kadang terjatuh.

“Terima kasih kepada semua yang selalu support saya. Demi mencari rezeki dunia dan akhirat,” tulisnya.

 

 

Reaksi Netizen

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza. Ada yang seakan mengerti penat lelah seorang peniaga untuk mempertahankan kemajuan bisnes, pada masa sama, ada juga yang menulis komen seakan menyindir jutawan kosmetik itu.

“Bersih muka Dato’, memang jelas Dato’ sangat menjaga solat sebab air muka berbeza,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Itulah duit bazirkan buat muzik video,” tulis netizen lain.

“Tidur cantik masalahnya,” tulis seorang lagi.

“Kemaruk duit even dah kaya raya, end lah dulu live tu dah bangun nanti sambung balik, ke nak tiru Sajat? Nak viral? dengan video tidur je,” tulis yang lain.

Ada Yang Sindir DSV Tertidur Ketika Sesi Live?
Instagram – DSV

Setakat artikel ini ditulis, DSV dilihat tidak memberikan respon kepada kebanyakan komen yang diberikan. Video itu mendapat tanda suka melebihi 6,200 dan menerima lebih 170 komen daripada wargamaya.

Apapun, hanya tuan punya badan yang tahu dan merasai penat lelah bergelar usahawan, apa pendapat anda?

Tular Budak Lelaki Jual Kerepek Sampai Tertidur Di Kaki Lima

Ada Yang Sindir DSV Tertidur Ketika Sesi Live?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker