Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

Isu projek tebatan banjir yang bernilai RM7 bilion kini semakin hangat diperkatakan.

Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh pelbagai pihak.

Ada pihak dilihat menyerang kenyataan yang dibuat oleh perdana menteri dengan mempertikaikan pendedahan yang telah dibuat.

Tidak kurang pula pihak yang mempertikaikan penafian yang dibuat oleh mantan Menteri Alam Sekitar & Air (KASA), Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut mereka, kenyataan berdolak dalih Tuan Ibrahim dilihat seperti orang yang sudah terdesak untuk menafikan kebenaran.

Bagi penulis, berikan ruang secukupnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lengkap.

Dan pihak yang dituduh pula perlu juga diberikan peluang untuk membela diri, setidak-tidaknya di mahkamah nanti.

Namun apa yang menarik perhatian penulis apabila pihak Sabahkini2, mendedahkan kemungkinan adanya individu lain yang terlibat dalam projek tersebut.

Mantan Pengerusi Barisan Nsional Selangor, Noh Omar dikatakan mempunyai kepentingan peribadi dalam projek tebatan banjir di Selangor.

Sabahkini2 mendakwa, syarikat Mangkabumi Sdn Bhd (syarikat yang dianugerahkan projek tebatan banjir) mempunyai hubungan yang baik dengan Noh Omar.

Mangkubumi tetap mendapat projek Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 Selangor melalui sokongan sebagai Pengerusi BN Selangor.

Noh Omar dan Tuan Ibrahim pula mempunyai hubungan baik sebagai rakan kabinet BN-PN ketika itu.

Zainudin Karjan (Pengarah Mangkubumi) pula dikatakan antara ahli perniagaan yang memberikan dana kepada orang politik seperti Noh Omar dan Tuan Ibrahim.

Baca di sini:

https://sabahkini2.org/en/news/5252/bukti-tuan-ibrahim-menteri-pas-tandatangan-sst-projek-tebatan-banjirberapa-mangkubumi-bayar-rasuah-sst-rm5294-juta/view?fbclid=IwAR3p7lYobXdBOydaWBL76PwMZTceoWqGCxu8g4T-DovGarefHC_IrPVX4PA

Apakah benar seperti yang didakwa oleh pihak Sabahkini2?

Noh Omar mesti tampil untuk memberikan penjelasan mengenai perkara ini.

Dan Sabahkini2 pula perlu mengemukakan bukti yang lebih kukuh untuk menyokong kesahihan dakwaan mereka.

 

Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker