Benarkah PPBM sedang dilanda konflik dalaman?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Benarkah PPBM sedang dilanda konflik dalaman?

 

Belumpun bermula sidang Parlimen Penggal Ke-15, sudah ada desas-desus PPBM sedang dilanda konflik dalaman yang menyebabkan parti itu terbahagi 2.

PPBM yang menjadi tunjang kepada Perikatan Nasional ternyata masih gagal membentuk kerajaan walau menguasai 74 kerusi Parlimen.

Usaha untuk memujuk parti tertentu bergabung dengan PN juga telah gagal sekaligus menjadikan mereka sebagai pembangakng dalam Parlimen.



Dikhabarkan tuding-menuding berlaku dalam PN dan mereka saling menyalahkan satu dengan lain kerana kegagalan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

Benarkah PPBM sedang dilanda konflik dalaman?

Ini telah menyebabkan PPBM sendiri bergolak kerana ada kalangan pemimpin mereka tidak berpuashati dengan prestasi Presiden PPBM.

Malah, Presiden PAS turut dijadikan sasaran kerana dikatakan turut mempengaruhi keputusan Presiden PPBM.

Bagi kebanyakan ahli bawahan PPBM, Presiden PAS tidak sepatutnya mempengaruhi sebarang keputusan yang akan dibuat Presiden PPBM. 



Melihat sudah ada bibit kemarahan ahi bawahan, ada kalangan pemimpin dalam PPBM dikatakan bersedia untuk mengambil tindakan drastik.

Presiden PPBM ‘wajib’ ditukarkan dan seorang pengganti perlu dilantik bagi mengembalikan keyakinan ahli bawahan kepada PPBM.

 

TIMBALAN PRESIDEN, PENGARAH PILIHANRAYA PPBM KALAH PRU15

 

“Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai ketua pembangkang.

“Jawatankuasa juga melantik Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sebagai ketua Ahli Parlimen PN dan timbalannya ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang,” – Takiyuddin Hassan – FMT 10/12/2022

Faizal Azumu, Timbalan Presiden PPBM kalah di tangan Presiden PKR manakala Ketua Penerangan Perikatan Nasional merangkap Pengarah Pilihanraya PPBM, Azmin Ali juga kalah di tempat masing-masing.

Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk mengemudi PN dan PPBM sekiranya Presiden PPBM merangkap Presiden PN ditukarkan?

Jika melihat pada angka, PAS menguasai kerusi yang lebih besar dari PPBM dan ini melayakkan salah seorang pimpinan PAS menggambil alih jawatan selaku Presiden PN.

Bagi PPBM, Setiausaha Agung masih mempunyai pengaruh yang kuat berbanding yang lain-lain bagi mengemudi parti sekiranya berlaku ‘kudeta’ dalam PPBM itu sendiri.

Setiausaha Agung akan berperanan menghalang sebarang usaha menjatuhkan Presiden PPBM sekaligus mematikan sebarang ‘Langkah’ yang dirancang oleh pemimpin tertentu dalam PPBM.

Perikatan Nasional baru-baru ini bersetuju melantik Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang, manakala Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Ketua Ahli Parlimen PN.

Benarkah semua ini? Pemimpin Perikatan Nasional wajar tampil menjawap dakwaan serta desas-desus yang semakin kuat berlegar dalam ruang politik Malaysia.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker