Buaya tembaga dikesan masih ada di Kampung Air Hitam

Buaya tembaga dikesan masih ada di Kampung Air Hitam

Buaya tembaga dikesan masih ada di Kampung Air Hitam
Laluan di kawasan tempat buaya ditemui di Kampung Air Hitam kini ditutup sementara.- Foto NSTP/Mohd Radi Mamat

KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan di mana seekor buaya tembaga dikesan berada atas jalan Kampung Air Hitam, di sini kelmarin.

Pengarah PERHILITAN Pahang, Rozidan Md Yasin, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan reptilia berkenaan masih berada di kawasan semak di situ yang kini ditenggelami air banjir.

Katanya, kakitangan PERHILITAN daerah sudah meninjau kawasan terbabit sebelum sebarang tindakan dibuat.



“Semalam kita dapati ramai remaja dan kanak-kanak berada di kawasan itu bagi melihat lebih dekat sambil bermain air di tempat buaya berkenaan ditemui. Mereka dinasihatkan supaya tidak berada di situ bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya juga ingin mengingatkan penduduk Kampung Air Hitam supaya lebih berhati-hati, paras air banjir yang meningkat di kawasan terbabit membolehkan buaya bergerak bebas dan muncul di mana sahaja,” katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau kawasan terbabit secara berterusan dan kerjasama penduduk setempat amat diperlukan untuk memberi maklumat sekiranya reptilia berkenaan muncul lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Rozidan berkata, PERHILITAN mengenal pasti terdapat 10 kawasan penempatan penduduk di daerah ini terletak berhampiran dengan Sungai Kuantan dan Sungai Belat yang sering dikejutkan dengan kemunculan buaya jenis tembaga.



Katanya, tiga kawasan yang hampir dengan Sungai Kuantan ialah Kampung Belukar, Kampung Kurnia dan Kampung Jawa.

Tujuh kawasan yang hampir dengan Sungai Belat ialah Kampung Seri Damai, Kampung Air Hitam, Taman Seri Inderapura, Kampung Razali, Kampung Belukar, Kampung Kurnia dan perumahan Sungai Isap.

Sementara itu penduduk Kampung Air Hitam, Abu Sufian Husin, 54, berkata kemunculan buaya tembaga atas Jalan Kampung Air Hitam malam kelmarin, menggemparkan penduduk setempat yang tidak menyangka reptilia berkenaan boleh muncul di situ.

Katanya, walaupun kejadian banjir berlaku hampir setiap tahun di Kampung Air Hitam, tidak pernah ada buaya, banjir kali ini reptilia berkenaan muncul mungkin kerana tersesat mengikut air.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Buaya berkenaan sudah dua malam berturut-turut berada atas Jalan Kampung Air Hitam, melihat kehadiran penduduk ia masuk ke dalam kawasan semak yang ditenggelami banjir.

“Saya merayu kepada PERHILITAN supaya berusaha mengesan buaya terbabit dan menangkapnya segera bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Katanya, dengan saiz yang besar, tidak mustahil buaya itu boleh menyerang penduduk sekiranya berasakan ia terancam dan terkejut.

Penyamun pecah kedai larikan kabel tembaga

Buaya tembaga dikesan masih ada di Kampung Air Hitam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker