China dakwa kes Covid-19 kini sukar dikesan

China dakwa kes Covid-19 kini sukar dikesan

China dakwa kes Covid-19 kini sukar dikesan

BEIJING: Agensi kesihatan tertinggi China memaklumkan jumlah sebenar kes jangkitan Covid-19 di negara itu kini `tidak mungkin’ dapat dikesan lagi selepas kerajaan secara tiba-tiba memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang dilaksanakan selama ini.

Kenyataan itu dibuat ketika pihak berkuasa memberi amaran kes Covid-19 semakin meningkat dengan drastik di Beijing.

Selepas hampir tiga tahun cuba mengekang penularan virus itu, China melonggarkan sekatan dengan menamatkan keperluan pesakit Covid-19 menjalani kuarantin di kemudahan kesihatan kerajaan dan mengehadkan ujian saringan besar-besaran.

Langkah itu menyebabkan penurunan dalam kes jangkitan dilaporkan secara rasmi, yang sebelum ini mencecah paras tertinggi sepanjang masa pada bulan lalu.

Dengan ujian saringan tidak lagi diperlukan di sebahagian besar wilayah di negara itu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) mengakui jumlah kes jangkitan tidak lagi mencerminkan realiti.

“Ramai penduduk tanpa gejala tidak lagi menjalani saringan asid nukleik bagi mengesan jangkitan Covid-19.

“Jadi, adalah sukar untuk mendapat jumlah sebenar individu dijangkiti yang tidak mempunyai gejala,” jelas NHC dalam kenyataan.

Kenyataan itu dibuat selepas media tempatan melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Sun Chunlun berkata, kes baharu Covid-19 semakin meningkat di ibu negara. – AFP

Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

China dakwa kes Covid-19 kini sukar dikesan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker