Kuasa veto PBB perlu dimansuh

Oleh – Syeikh Baran


Kuasa veto PBB perlu dimansuh
Kuasa veto lima negara dianggap sebagai anakronisme. – Anadolu

Menteri Luar Ireland, Michael Martin menyatakan bahawa kuasa veto lima negara di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak seharusnya dilaksanakan pada abad ke-21, lapor agensi berita Anadolu semalam.

“Kuasa veto harus dimansuhkan. Pada pandangan kami, ia adalah anakronisme (ketinggalan zaman),” katanya semasa Persidangan Keselamatan Munich di Jerman. 



Beliau merujuk kepada Amerika Syarikat yang menggunakan kuasa vetonya beberapa kali untuk menyekat gencatan senjata di Semenannjung Gaza semasa persidangan Majlis Keselamatan PBB.

“Ia tidak mempunyai tempat pada abad ke-21. Kami berpendapat bahawa Majlis Keselamatan tidak berfungsi,” jelasnya.

Tambah Martin, Majlis Keselamatan PBB gagal mengeluarkan kenyataan walaupun mengenai Ukraine. Ia jelas adalah kegagalan luar biasa selain resolusi di Gaza disifatkan lemah.

“Terdapat lebih banyak veto berbanding tindakan diambil oleh Majlis Keselamatan ke atas Gaza misalnya,” katanya. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading