Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 104 orang

TELUK INTAN: Bilangan mangsa banjir di Perak kekal seramai 104 orang daripada 25 keluarga direkodkan pada jam 10 pagi ini membabitkan tiga daerah iaitu Hilir Perak, Manjung dan Perak Tengah.

Jumlah itu tidak berubah sejak jam 6 petang semalam.

Berdasarkan laporan harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak, Hilir Perak menjadi daerah paling teruk terjejas apabila merekodkan jumlah mangsa seramai 70 orang daripada 16 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib.



Mereka yang terjejas di daerah Hilir Perak adalah penduduk Lorong Mesra, Kampung Batu 7; Lorong Sidang Osman dan Lorong Kedah di Kampung Batu 8; Kampung Batu 9 dan Kampung Selat Manggis.

Di daerah Manjung, 28 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Padang Serai ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.

Selain itu, di daerah Perak Tengah pula, enam mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button