Kanak-kanak hilang, kereta jatuh sungai

Kanak-kanak hilang, kereta jatuh sungai

Kanak-kanak hilang, kereta jatuh sungai
Anggota bomba masih melakukan operasi pencarian mangsa berusia 12 tahun yang dilaporkan masih hilang selepas kereta dinaiki bersama ibu bapanya terjatuh ke dalam Sungai Korok. – Foto ihsan pembaca

JITRA: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan masih hilang, manakala ibu bapanya selamat selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai Jalan Sungai Korok, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.39 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra tiba di lokasi sejurus menerima panggilan.



“Maklumat awal yang diterima di lokasi mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

“Komander Operasi melaporkan terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak berusia 12 tahun masih berada di dalam kereta itu.

“Dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri dipercayai ibu bapa kanak-kanak itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sayani berkata, anggota bomba kini sedang melakukan operasi pencarian secara permukaan air dan pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra digerakkan ke lokasi.



“Setakat ini operasi pencarian masih dilakukan,” katanya.

Dua maut, tujuh cedera kemalangan dua kenderaan

Kanak-kanak hilang, kereta jatuh sungai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

 

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker