Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan

Hebatnya!



Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan

Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan

Filem yang sedang rancak di pawagam ketika ini, Mechamato Movie telah berjaya mengutip sebanyak RM10 juta dalam 6 hari pertama tayangannya di pawagam seluruh negara. Kutipan ini dilihat amat menggalakkan dan rata-rata penonton amat teruja dan terhibur dengan aksi serta lawak di dalam filem ini.

Musim Cuti Sekolah Jadi Faktor

Ditambah pula musim cuti sekolah ini, pawagam-pawagam di seluruh negara terus dipenuhi oleh mereka yang hadir sekeluarga tidak kurang juga golongan remaja dan dewasa.

“Alhamdullilah, berkat sokongan rakyat Malaysia, filem ini telah berjaya mengutip RM10 juta dalam
masa 6 hari pertama tayangannya di pawagam seluruh negara. Ada kira-kira 150 buah pawagam yang menayangkan filem ini” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak.

Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan

Poster Rasmi daripada Astro Shaw

Astro Shaw Selalu Terima Respon Baik

Bagi Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya sentiasa mendapat maklumbalas yang baik berkenaan filem tersebut.



“Alhamdullillah sehingga sekarang kami mendapat banyak maklumbalas yang sangat baik. Saingan seterusnya mungkin agak sengit dengan kehadiran filem antarabangsa. Namun kami percaya dengan kualiti penghasilan, jalan cerita dan keunikan seni warisan dan budaya Malaysia, sudah pastinya Mechamato Movie mampu bersaing,” katanya.

Tayangan akan diteruskan lagi sepanjang cuti sekolah ini dan bagi mereka yang bernasib baik, Mechamato akan muncul di pawagam terpilih sepanjang kempen promosi filem ini di seluruh negara. Nantikan kemunculan Mechamato di lokasi-lokasi di Pahang, Terengganu dan Sabah pada hujung minggu ini!

Animasi Mechamato Dari Malaysia Menjadi Buah Mulut Penonton Jepun

Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker