Penyokong Maghribi tetap bangga

CASABLANCA: Mereka mungkin nyaris melangkah ke final Piala Dunia namun penyokong Maghribi tetap menjulang perjalanan bersejarah pasukan itu meskipun laluan mereka tersekat menerusi kekalahan 2-0 di tangan juara bertahan, Perancis.

“Mereka menunjukkan permainan yang hebat tetapi tuah tidak berpihak kepada kita.

“Apapun, kami memberi saingan kepada juara bertahan. Itu yang hebat dan pasukan ini memberikan kami impian di Piala Dunia. Saya tabik hormat kepada mereka,” kata Oussama Abdouh di Casablanca.

Namun bagi Hakim Salama, kekalahan 2-0 di tangan Perancis tampak agak sukar diterima.

“Kita terlepas peluang keemasan di abad ini,” kata Salama.

Hujan membasahi bandar Rabat ketika perlawanan dan suasana kali ini jauh berbeza berbanding ketika mereka melayakkan diri ke separuh akhir sebelum ini – tiada lagi bunyi hon kereta ataupun paluan dram.

“Maghribi menunjukkan keajaiban sejak bermulanya Piala Dunia. Tidak kisahlah sama ada mereka menang ataupun kalah – mereka mendapat penghormatan daripada seluruh rakyat Maghribi dan itulah yang paling tidak ternilai,” kata peniaga jalanan, Rachid Sabbiq.

Kejayaan Maghribi turut mendapat sokongan merentasi benua Afrika.

AL KHOR, QATAR – DECEMBER 14: A dejected Walid Regragiu the head coach / manager of Morocco and Romain Saiss after losing 2-0 and being knocked out of the tournament during the FIFA World Cup Qatar 2022 semi final match between France and Morocco at Al Bayt Stadium on December 14, 2022 in Al Khor, Qatar. (Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

“Maghribi membanggakan benua Afrika. Saya menyaksikan perkembangan pasukan itu bagaikan ia negara saya sendiri,” kata Sidibey Zoumana dari Ivory Coast namun sudah menetap di Maghribi sejak tahun 2018.

Dari Gaza hingga ke Senegal, kejayaan pasukan itu mengubah imej Maghribi.

“Mereka membuktikan pasukan dari Afrika mampu memberi saingan,” kata Said Mouhssine.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker