Saya cuma mahu tampil berbeza

Oleh – Syeikh Baran


Saya cuma mahu tampil berbeza
Haneesya Hanee

Pelakon dan peragawati, Haneesya Hanee, 24, mendedahkan, sejak berkecimpung dalam dunia seni terutamanya dalam bidang peragaan, dia sudah terlalu banyak melakukan pengorbanan.

Kata Haneesya, semua yang dilakukan adalah demi memaksa dirinya kelihatan kurus dan cantik sebagaimana lazimnya model atau peragawati lain.

“Bertahun-tahun saya dah mencuba sedaya upaya untuk ‘fit in’ dalam dunia peragaan ini. Bertahun-tahun juga saya sudah berdepan dengan kata-kata seperti ‘Haneesya kena turunkan lagi berat badan’.

“Sehinggakan bila saya sudah turunkan berat badan pun ia masih dianggap belum mencukupi.

“Awak semua tak akan tahu segala pengorbanan yang telah saya buat termasuk melakukan perkara yang tak difikirkan orang semata-mata untuk kelihatan kurus. Namun tetap ia tidak mencukupi,”katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Bagaimanapun, kata Haneesya, dia kini mula sedar untuk belajar menyayangi dan menerima diri seadanya lantaran enggan terlalu mengikut kata orang lain.

“Jadi sejak tahun lalu, saya belajar untuk menerima keadaan diri dan tahu apa cara yang terbaik untuk badan sendiri.

“Tahun ini, saya tidak lagi mahu dibelenggu dengan keadaan tertekan atau stres mengenai berat badan. Saya terima diri ini yang dilahirkan dengan rangka besar. Saya tak nak lagi ‘mendera’ badan sendiri hanya kerana mahu memuaskan hati orang lain.

“Jangan salah faham, saya memang nak kelihatan cantik tetapi biarlah dengan cara yang sihat. Saya rasa, saya cantik seperti ini dan akan menyayangi diri ini. Saya tak mahu jadi macam model lain. Saya cuma nak jadi berbeza,”katanya.

Sumber – UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker