RM7.12 bilion untuk ubah suai Camp Nou

BARCELONA: Barcelona memperoleh 1.45 bilion (RM7.12 bilion) dalam bentuk pembiayaan bagi pelan pembangunan semula dan akan memulakan proses pengubahsuaian Stadium Camp Nou, 1 Jun ini.

Dalam satu kenyataan, kelab itu berkata dana berkenaan diperoleh menerusi perjanjian dengan 20 pelabur yang akan menerima pulangan semula dalam tempoh antara lima ke 24 tahun.

Barcelona berkata, mereka akan memulakan proses pembayaran semula pembiayaan berkenaan apabila kerja berkenaan selesai.

Sebagai tambahan kepada pelan stadium bola sepak itu yang dinamakan ‘Espai Barca’, ia turut merangkumi fasiliti kelab yang lain.

Ia merangkumi 420 juta euro (RM2.06 bilion) untuk Palau Blaugrana, venue pasukan bola keranjang dan bola baling manakala 20 juta euro (RM98.26 juta) bagi stadium Johan Cruyff yang menjadi lokasi buat pasukan simpanan bola sepak lelaki dan wanita.

Kelab berkata, mereka menjangkakan kerja pengubahsuaian Camp Nou akan siap sepenuhnya menjelang 2026.

Pasukan utama lelaki bakal beraksi di Stadium Olimpik di Montjuic sebelum kembali semula ke pada musim 2024-25 di mana Camp Nou masih belum siap sepenuhnya.

Barcelona mengambil inisiatif seteru utama Sepanyol mereka, Real Madrid yang memulakan kerja pengubahsuaian Stadium Bernabeu pada 2019.

Kelab bangkit daripada masalah kewangan yang mengheret mereka kepada kerugian 481 juta euro (RM2.36 bilion) pada musim 2020/21 sekali gus mendorong kepada pemindahan penjaring gol sepanjang zaman kelab, Lionel Messi.

Pada musim panas lalu, kelab mengumpul kira-kira 750 juta euro (RM3.68 bilion) dengan menjual 25 peratus hak televisyen La Liga mereka untuk tempoh 25 tahun akan datang dan 49 peratus Studio Barca.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker