SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.
Nampak nya cuti sakit yang diberi kepada saksi kes yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak , Tan Seri Zeti Aziz kini menjadi bualan mulut rakyat.
Zeti Aziz yang sepatut nya masuk kedalam mahkamah dan menjadi saksi , sehingga kini masih belum muncul walau sehari untuk memberi keterangan kepada mahkamah.
Isu ‘MC’ Zeti menjadi bualan rakyat kerana sekian lama mendiam diri dan tidak muncul dimana mana, tetapi apabila tiba waktu untuk memberi keterangan , tiba2 mohon untuk cuti sakit sambung menyambung.
Isu ‘MC’ ini mungkin tidak menjadi bualan rakyat , jika sebelum ini , Datin Rosmah Mansor dan juga DSNR tidak dicemuh apabila memohon cuti.
Selain dicemuh dan dikritik, Datin Rosmah Mansor juga dicerca sambil doktor yang memberi cuti sakit kepada nya diarah disiasat oleh SPRM.
Maka , atas “precedent’ ini maka tidak menjadi kesalahan jika rakyat persoal dan bising berkenaan cuti sakit yang pajang yang diperolehi oleh Zeti Aziz.
Hal ini juga boleh menjadi teladan dan pengajaran bahawa sesuatu perkara mesti dilakuan mengikut undang2 dan SOP bukan ikut suka sesiapa pun.
Banyak lagi perakara contoh yang tidak elok kini dipersoalkan oleh rakyat.
Antara lain, kenapa Zeti masih belum disita harta atau dibeku akaun nya kerana kes rasuah wang masuk kedalam akaun keluarganya di Singapura?
Malah , lebih buruk , kes rasuah keluarga Zeti sendiri masih belum ada apa 2 berita lagi setelah sekian lama selesai sasatan.
Dilaporkan kertas siasatan yang sudah lengkap masih berada di pejabat Peguam Negara lagi sehingga kini.
Ini semua tidak menjadi masalah besar jika DSNR dan DRM tidak dianaya dan dikenakan pelbagai Tindakan.
Maka atas contoh dan perbuatan terhadap DSNR dan Datin Rosmah pernah terjadi ,mengakibatkan rakyat persoal kenapa layanan tidak sama terhadap pelaku rasuah lain?
Kedudukan tersepit ini berpunca kerana kerajaan pimpinan Tun Mahathir tidak ikut lunas perundangan lalu apabila perkara sebegini terjadi , sukar untuk justifikasi kan nya.
Maka, terpaksa lah orang sepeti Tun Mahathir mengecilkan diri atau pura2 membangkitkan isu lain untuk alih perhatian.
SPRM harus segera membuat kenyataan sama ada akan menyiasat cuti saki Zeti atau tidak , kerana SPRM pernah membuat kenyataan atas cuti sakit Rosmah Mansor waima diambil sehari dua sahaja .
Perlu berlaku adil dan telus untuk menjaga imej SPRM dan kerajaan .