Kek Red Velvet Sangat Moist

Kek Red Velvet Sangat Moist
Kek Red Velvet Sangat Moist

 

Kek Red Velvet yang menarik warnanya dan unik rasanya rasa kerana kita gunakan serbuk koko, buttermilk dan cuka sebagai bahan utama dalam adunan. Dan Kek ni memang sangat moist dan lembut, bertambah sedap dengan krim frosting yang menggunakan krim cheese sebagai bahan tambahan.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk kek:
    • 2/3 cawan (150g) unsalted butter
    • 1 1/2 cawan (337g) gula kastor
    • 2 biji telur
    • 2 sudu kecil esen vanila
    • 3 cawan (375g) tepung gandum
    • 1/4 cawan (32g)serbuk koko
    • 1 sudu kecil baking soda
    • 1/2 sudu kecil baking powder
    • 1/4 sudu kecil garam halus
    • 1 1/2 cawan sudu full cream*
    • 2 1/2 sudu besar cuka makan atau jus lemon*
    • 2 sudu kecil perwarna merah
    • 1 ½ sudu besar cuka makan
    • Nota: boleh ganti bahan bertanda (*) dengan buttermilk ready made
  • Bahan-bahan untuk krim frosting:
    • 1 cawan (225g) unsalted butter
    • 340g cream cheese
    • 2 1/2 cawan (312g) gula icing

 

Cara Penyediaan:

 

1. Cara-cara untuk kek:

    1. Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam kedalam satu bekas yang sama.
    2. Sediakan buttermilk (boleh gunakan yang ready pack), sukat susu full cream kemuadian tambah sedikit cuka dan kacau sebati.
    3. Pukul butter sehingga lincin dan tak berketul kemudian masukan gula kastor dan putar sehingga warna burtukar menjadi putih dan kembang.
    4. Masukan telur sebiji demi sebiji.
    5. Tambah sedikit esen vanila.
    6. Kemudian masukan sedikit demi sedikit bahan ayak dan buttermilk berserselang-seli.
    7. Sediakan pewarna merah dan sedikit cuka.
    8. Tuang masuk pewarna dan cuka kedalam adunan dan kacau sebati.
    9. Griskan loyang dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
    10. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
    11. Masukan dalam oven yang telah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum bakar kek.

2. Cara-cara untuk krim frosting:

    1. Putarkan unsalted butter sehingga lembut dan lincin.
    2. Masukkan creamcheese dan sambung putar.
    3. Tambahkan gula icing dan esen vanila

3. Cara-cara untuk susunan kek:

    1. Keluarkan kek dari loyang.
    2. Potong bahagian atas kek supaya permukaan kek rata.
    3. Kemudian belah dua kek sama tinggi.
    4. Susun kek dan sapu creamcheese frosting ikut kreativiti.
    5. Akhir sekali, taburkan serbuk kek diatas kek sebagai hiasan.

 

Tip:

 

  • Kalau nak tau kek dah masak, cucuk lidi ditengah, kalau lidi keluar bersih maknanya kek dah ready.
  • Sapu creamcheese frosting bila kek dah sejuk, kalau tak nnti creamcheese frosting cair.

Ikan Masak Cuka

Kek Red Velvet Sangat Moist


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker