Mangsa banjir di empat negeri kekal



Kuala Lumpur, Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan, tidak berubah seperti malam semalam pada sebelah pagi ini, manakala di Perak, ia mencatatkan penurunan.

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang melaporkan situasi banjir tidak berubah dengan 141 mangsa daripada 36 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara di Sungai Miang, Pekan.

Sungai Keratong di Rompin masih merekodkan melebihi paras bahaya, manakala Sungai Triang di Bera dan Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan, berada di paras amaran.

Jabatan Meteorologi meramalkan keadaan mendung di Pekan, manakala ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang.



Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir kekal 37 orang membabitkan 10 keluarga seperti malam semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan SK Atas Tol di Kuala Terengganu menjadi satu-satunya PPS yang beroperasi ketika ini.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di Johor kekal 91 orang sebagaimana malam, semalam (15 Disember).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melalui satu kenyataan memaklumkan dua daerah masih terjejas banjir iaitu daerah Segamat dan Mersing.



Menurut JPBN, empat PPS yang masih dibuka iaitu tiga di Segamat membabitkan 21 keluarga dan sebuah PPS di Mersing menempatkan tiga keluarga.

PPS di Segamat adalah Balai Raya Kampung (Kg) Batu Badak, Balai Raya Kg Kuala Paya dan Dewan Komuniti Kg Tasek manakala PPS di Mersing, Sekolah Agama (SA) Pangkalan Batu.

“Tiga lokasi terjejas banjir di Segamat adalah di Kg Seberang Batu Badak, Kg Batu 5, Kg Kuala Paya dan satu lokasi di Mersing membabitkan Kg Lubuk,” menurut kenyataan itu.

Di KELANTAN, seramai 2,019 mangsa banjir daripada 637 keluarga di jajahan Pasir Mas ditempatkan di tujuh PPS pada pagi ini, jumlah yang sama direkodkan malam tadi.



METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker