Minah Salih dapat aneka jawapan selepas pelik kenapa Malaysia banyak jual baju winter [VIDEO]

Pejabat kami sangat sejuk!



Minah Salih dapat aneka jawapan selepas pelik kenapa Malaysia banyak jual baju winter [VIDEO]

Seorang wanita warga asing bertanyakan tentang baju sejuk dijual di Malaysia.
Seorang wanita warga asing bertanyakan tentang baju sejuk dijual di Malaysia.

JUALAN akhir tahun kembali lagi!

Maka tidak hairanlah pusat beli belah kini menjadi tumpuan orang ramai untuk berbelanja.

Pelbagai barangan dijual dengan tawaran harga menarik, asalkan ada duit segalanya boleh dibeli.



Namun, seorang warga asing menjadi tumpuan di laman sosial apabila berkongsi video mengenai beberapa premis yang menjual baju sejuk.

Timbul pertanyaan dalam dirinya kerana Malaysia bukanlah negara empat musim yang memerlukan pemakaian baju tebal pada musim sejuk.

I was wondering… why do stores sell so many winter clothes? (Saya tertanya-tanya kenapa kedai-kedai di Malaysia menjual banyak baju musim sejuk),” katanya.

Minah Salih dapat aneka jawapan selepas pelik kenapa Malaysia banyak jual baju winter [VIDEO]
Orang ramai berkunjung ke pusat beli-belah.
Menerusi video berdurasi 19 saat, wanita dari United Kingdom itu turut merakam beberapa koleksi pakaian musim sejuk yang dijual di beberapa kedai.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebih dikenali sebagai Nicole, katanya, suhu di Malaysia bukannya di 23 atau 25 darjah Celsius yang memerlukan pemakaian baju sejuk.



Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi, termasuk memberi jawapan terhadap persoalannya.

Minah Salih dapat aneka jawapan selepas pelik kenapa Malaysia banyak jual baju winter [VIDEO]
Koleksi baju sejuk yang dijual di butik.
Ini termasuk jawapan-jawapan pelik, tidak masuk akal malah melucukan.

“Hanya untuk fesyen.

“Sebab pejabat kami sangat sejuk, macam di Antartika (Kutub Selatan).



“Genting Highlands dan Cameron Highlands sejuk.

“Sebab setiap hujung minggu kita naik ke puncak Genting Highlands.

“Tengok filem dalam pawagam,” demikian antara komen netizen.

Segelintir netizen turut memberitahu bahawa pakaian musim sejuk dijual di negara ini memandangkan rakyat Malaysia akan memakainya untuk bercuti ke negara-negara empat musim seperti di Eropah.



Minah Salih dapat aneka jawapan selepas pelik kenapa Malaysia banyak jual baju winter [VIDEO]
Persoalan Nicole mendapat pelbagai reaksi netizen.
Malah, ada yang menyifatkan ia petanda rakyat Malaysia berkemampuan untuk melancong ke luar negara.

“Malaysia ada ramai orang kaya yang mahu travel ke luar negara waktu musim sejuk.

Kita ada banyak duit pergi travel ke negara-negara sejuk setiap tahun.

NETIZEN

“Kita ada banyak duit pergi travel ke negara-negara sejuk setiap tahun.

“Ini kerana rakyat Malaysia travel ke luar negara ke negara-negara sejuk. Adakah anda fikir mereka ke London dengan memakai kemeja polo dan seluar pendek?” komen mereka.

Minah Salih dapat aneka jawapan selepas pelik kenapa Malaysia banyak jual baju winter [VIDEO]
Antara komen netizen.
Dalam pada itu, Nicole turut membalas beberapa komen netizen termasuk salah satu daripadanya yang enggan memberikan jawapan.

“Kami tak boleh beritahu anda. Ia adalah ‘rahsia’ negara’,” katanya.

Video yang dimuat naik Nicole di TikTok itu meraih lebih 900,000 tontonan.

SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.

Minah Salih dapat aneka jawapan selepas pelik kenapa Malaysia banyak jual baju winter [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker