‘Doktor’ warga asing jadi tokan dadah pusat hiburan ditahan

‘Doktor’ warga asing jadi tokan dadah pusat hiburan ditahan

'Doktor' warga asing jadi tokan dadah pusat hiburan ditahan
Sebahagian daripada pengunjung pusat hiburan yang diperiksa dalam operasi polis semalam. – Foto PDRM

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan lelaki warga asing yang diberi gelaran ‘doktor’ yang membekalkan dadah kepada pengunjung pusat hiburan di negeri ini dalam operasi khas, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berusia 32 tahun itu antara tiga individu yang disyaki pembekal dadah di pusat hiburan.

Beliau berkata, polis turut menahan 75 individu lain dalam tiga serbuan di pusat hiburan di Kluang dan Batu Pahat, atas pelbagai kesalahan.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menjalankan operasi khas di tiga pusat hiburan antara 1 pagi hingga 3 pagi, semalam.

'Doktor' warga asing jadi tokan dadah pusat hiburan ditahan
Antara barang rampasan dalam operasi polis. – Foto PDRM

“Hasil daripada operasi yang dijalankan, 246 individu diperiksa dan daripada jumlah itu 78 individu ditahan atas pelbagai kesalahan terdiri daripada 55 lelaki tempatan, 15 wanita tempatan, tiga lelaki warga asing dan lima wanita warga asing berusia antara 16 hingga 68 tahun.

“Antara ditahan itu, dua lelaki tempatan berusia 25 dan 33 tahun serta seorang lelaki warga asing berusia 32 tahun dikenali dengan panggilan ‘doktor’ yang mana mereka adalah pembekal dadah di pusat-pusat hiburan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kamarul Zaman berkata, pelbagai jenis dadah bernilai RM261,797.65 turut dirampas.

'Doktor' warga asing jadi tokan dadah pusat hiburan ditahan
Sebahagian daripada pengunjung pusat hiburan yang diperiksa dalam operasi polis semalam. – Foto PDRM
'Doktor' warga asing jadi tokan dadah pusat hiburan ditahan
Sebahagian daripada pengunjung pusat hiburan yang diperiksa dalam operasi polis semalam. – Foto PDRM
'Doktor' warga asing jadi tokan dadah pusat hiburan ditahan
Sebahagian daripada pengunjung pusat hiburan yang diperiksa dalam operasi polis semalam. – Foto PDRM

Selain itu, beliau berkata, polis turut menyita kereta bernilai RM115,000 dan wang tunai RM31,218 serta pelbagai peralatan yang digunakan untuk hiburan di pusat hiburan menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan bagi operasi ini adalah RM408,015.65.

Katanya, dua daripada pusat hiburan itu gagal mengemukakan lesen perniagaan dan hiburan, manakala sebuah lagi didapati beroperasi lebih masa daripada yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut beliau, semua suspek direman antara satu hingga enam hari bermula hari ini januari hingga 26 Januari ini bagi siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 6(2) dan Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Johor (ENJ) 4/98.

Maguire terima ancaman bom

‘Doktor’ warga asing jadi tokan dadah pusat hiburan ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker