Sah, kes bunuh – Polis

Tawau: Polis mengesahkan video tular memaparkan seorang kanak-kanak menangis di sisi mayat seorang wanita dipercayai ibunya adalah kes bunuh dalam kejadian di Kampung Titingan, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, setakat ini belum dapat dipastikan motif atau punca kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Saya sahkan, laporan kita terima petang tadi dan sepasukan anggota kini sedang berada di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut,” katanya

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak menangis di sisi mayat ibunya yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh.

Satu lagi rakaman berdurasi 40 saat yang turut memaparkan seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa memeluk jasad wanita berkenaan sebelum cuba ditenteramkan oleh orang awam yang berada di lokasi terbabit.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker