Azhar Sulaiman Kongsi Konsep Rumahnya Agar Tidak Bahang! [VIDEO] 

Azhar Sulaiman Kongsi Konsep Rumahnya Agar Tidak Bahang! [VIDEO] 

"Apa-apa

Azhar bin Sulaiman merupakan seorang pelakon, pengacara, arkitek dan pereka di Malaysia. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara dan Universiti of Newcastle upon Tyne di United Kingdom dalam  dan Ijazah Sarjana Muda Seni bina.

Azhar Sulaiman memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 1989 serta perjalanan kerjayanya berjalan serentak semasa dia masih menuntut di ITM manjung. Kemudian Azhar Sulaiman memasuki Hero Remaja 1990/1991 dan mendapat tempat ketiga sekaligus menjadikan dia dikenali ramai.

Tunjuk Konsep Rumah Untuk Sampaikan Ilmu Senibina

Kediaman Azhar Sulaiman bertempat di Sungai Penchala Kuala Lumpur. Di dalam satu lot yang luas itu terdapat beberapa buah banglo yang didiami oleh 6 buah keluarga termasuk  bapa mentuanya Dato Pahamin Rajab yang juga merupakan Co-Founder Air Asia. Lot banglo tersebut mempunyai dua buah kolam renang serta setiap rumah dilengkapi dengan ciri-ciri khas yang tersendiri.

Baru-baru ini, di laman tiktok milik Azhar Sulaiman, dia berkongsikan ilmu mengenai konsep rumahnya itu. Dia menunjukkan laluan arah angin yang lalu di dalam rumahnya serta menunjukkan apa yang akan dibuat sekiranya untuk mengelakkan dari bahang panas.

@theazharsulaiman

Design rumah Behar….

♬ original sound – AzharSulaiman – AzharSulaiman

Rata-rata ramai teruja apabila Azhar Sulaiman berkongsikan ilmu mengenai senibina itu. Ada yang komen supaya kongsikan lebih banyak ilmu seperti itu agar dapat digunakan oleh pelajar-pelajar senibina.

“Banyakkan lagi Share ilmu pasal Architecture behar.. saya suka”

“Azhar Sulaiman ni idola saya dari dulu . arkitek berjaya terbaik bang”

“Masa sekolah teknik dulu buku uncle paling famous di kalangan student civil”-kata mereka

Azhar Sulaiman Kongsi Konsep Rumahnya Agar Tidak Bahang! [VIDEO] 

Apa-apa pun, semoga Azhar Sulaiman dapat berkongsikan lebih banyak ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat.

Azhar Sulaiman Kongsi Konsep Rumahnya Agar Tidak Bahang! [VIDEO]

MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker