Zeti tidak sihat untuk hadir perbicaraan , tapi sihat pula hadir majlis lain?

 

Telah Viral di  pelbagai laman facebook dan lain2 Medsos semalam dan hari ini berkaitan sebuah laporan akhbar dimana didapati Zeti Akhtar Aziz ada menghadiri sebuah majlis yang ada tetamu diRaja.

Akhbar The Star melaporkan “Turut hadir pada majlis ada lah anak kepada Ungku Aziz dan juga Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz”.

Maka , hal ini  membangkitkan satu pertanyaan , ada kah Zeti Aziz sebenar nya sakit atau membuat helah sakit untuk tidak menjawab dalam mahkamah?

Umum tahu betapa tersepit nya Zeti dengan persoalan dalam mahkamah yang pasti akan membongkarkan kes terhadap Datuk Seri Najib Razak sekadar satu skrip pembohongan sahaja.



Laporan ini disiarkan TheStar pada tarikh semaam , hari Khamis

Pendedahan betapa keluarga beliau sangat rapat dengan Jho Low akan merungkai bahawa Zeti lah individu yang menjadi “go between” antara seorang indivdu VVIP dengan Jho Low , dan bukan Najib Razak yang hubungan cara professional sahaja.

Kes juga boleh membongkar DSNR sebenar nya di tipu berjemaah oleh kumpulan penyamun sebenar.

Zeti juga berada didalam kelompok yang terkait skandal FOREX BNM kehilangan RM30 bilion Bersama Tan Sri Nor Mohd Yakob.



Kedua watak yang rapat dengan Tun Mahathir dan Tun Daim kini terbabit dalam skandal TIA/1MDB pula yang masih belum didakwa dakwa lagi.

Kedua duanya membuka akaun sulit atas nama proksi di Singapura.

Namun, pada hal Zeti menghadiri majlis di Raja ini, jika benar sebagai dilapor menunjuk kan betapa pelanggaran perundangan dan perlu disiasat.

Bagaimana seorang yang tidak ‘fit’ dan ‘sakit’ untuk menjawab dimahkamah tiba2 “fit” untuk hadiri Majlis lain?

Tulisan portal kami sebelum ini ada menyeru supaya SPRM membuka sedikit mata untuk menyiasat kerana SPRM sendiri telah menjadikan kes contoh ketika menyiasat cuti sakit Datin Rosmah Mansor waima  cuti sehari pun.

Pihak2 lain juga harus menyiasat sama ada patut dikena kan tindakan atau tidak pada kelakuan.

Juga lihat sama ada unsur2 “Contempt of Court” telah berlaku dan segera ambil tindakan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker