Adidas pening kepala, stok jersi Argentina laris



Doha: Ketika Lionel Messi memburu trofi Piala Dunia sulung di Qatar, peminatnya bergelut untuk mendapatkan jersi pasukan Argentina ketika syarikat gergasi pakaian sukan, Adidas berdepan dengan kekurangan stok global berikutan permintaan yang luar biasa.

Menjelang perlawanan akhir Piala Dunia Argentina menentang Perancis esok, Adidas berkata permintaan tinggi untuk jersi Argentina mendorong mereka untuk meneroka rancangan meningkatkan pengeluaran menjelang sambutan besar-besaran.

“Disebabkan permintaan luar biasa untuk jersi Piala Dunia Adidas Argentina di seluruh dunia, kami mempunyai stok yang sangat rendah di beberapa negara.

“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak jersi kepada peminat supaya mereka dapat meraikan perjalanan yang luar biasa untuk pasukan negara itu,” kata jurucakap jenama dari Jerman itu kepada Reuters



Argentina adalah satu-satunya pasukan tajaan Adidas yang mara melepasi pusingan 16 terakhir pada kejohanan di Qatar.

Namun syarikat itu mengalami permintaan yang lebih tinggi berbanding Piala Dunia 2018 di Rusia, menurut jurucakap itu, yang menambah bahawa jualan berkenaan bola sepak meningkat sebanyak 30 peratus tahun ini.

Awal bulan ini, Adidas melaporkan bahawa jenama itu akan berpegang pada prospek jualannya untuk kejohanan itu – €400 juta (RM1.8 bilion) walaupun Jerman tersingkir secara mengejut di peringkat kumpulan dan hanya mempunyai tiga daripada tujuh pasukan tajaannya di peringkat kalah mati.

Reuters





Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker