Mampukah UMNO Bangkit Semula?
Mampukah UMNO Bangkit Semula?
Bila baca analisis rakan-rakan penulis tentang nasib yang menimpa UMNO jika tidak berubah terutamanya agenda peremajaan parti, penulis terpaksa bersetuju.
Antara fakta yang menarik perhatian penulis adalah UMNO mempunyai 2 isu:
- Parti tidak dapat menarik golongan remaja
- Kepimpinan Zahid Hamidi
Penulis terpanggil untuk memberikan pendapat kerana ramai tidak mengulas.
Mereka juga tidak melihat keadaan UMNO ini dari aspek masalah sistemik, tetapi lebih kepada mood dan emosi semasa.
Contohnya:
- UMNO kalah sebab Zahid Hamidi
- UMNO tidak masuk Twitter atau TikTok
Penulis akui ada kebenarannya kedua-dua fakta tersebut.
Tetapi penulis berpendapat bahawa UMNO sebenarnya mempunyai masalah sistemik.
Masalah ini tidak akan selesai dengan menggantikan kepimpinan DS Zahid Hamidi atau semudah menguasai TikTok atau Twitter.
Ini membuatkan penulis teringat satu dokumentari yang penulis tonton tidak lama dahulu tentang ‘Chaos Theory in Human Behaviour’.
‘Chaos’ atau huru-hara ini pada peringkat awalnya nampak seperti random.
Tetapi kalau diambil pada skala yang lebih besar dalam timeline yang lebih panjang, kita akan nampak satu corak yang jelas dalam kehuru-haraan itu.
Menukarb Kepimpinan Tidak Menyelesaikan Masalah
Contoh, kepimpinan DS Zahid Hamidi.
DS Zahid Hamidi bukannya pemimpin UMNO pertama yang diturunkan atau dipaksa turun dalam keadaan huru-hara.
Kalau yang tidak terlalu jauh dari timeline, kita ada Anwar Ibrahim, PakmLah dan DS Najib Razak.
‘It has always been chaos by design’.
Sebab tu dia ada ritmanya, ada coraknya.
Sama juga dengan ‘expectation’ kepada penerimaan massa sebab massa, ‘well we’re basically sheeps’.
‘Herd mentality kuat’.
Secara dasarnya, selepas DS Zahid Hamidi pun, akan ada yang akan kena perkara sama kalau pemimpin ini tidak mampu mematuhi orde yang ditetapkan.
Dan kebiasaannya kita manusia akan sedar bila ianya sudah tidak ada.
Contohnya Pak Lah dan DS Najib Razak.
Ini ulasan penulis mengenai isu kepimpinan.
Masalah kedua adalah lebih berat dan sistemik.
Sedar atau tidak, UMNO ada satu masalah besar di mana ahlinya tidak mampu mempertahankan pemimpinnya.
Bandingkan sikap ahli UMNO apabila seorang pemimpin itu dijatuhkan satu-satu tuduhan dengan ahli parti-parti lain.
Nampak perbezaannya?
Antara penyumbang kepada perlakuan begini ialah tidak ada sistem pengkaderan yang kuat.
Parti-parti yang kuat akar umbinya, ketaatan tidak berbelah bagi ini kebanyakannya bermula awal.
Seawal di pendidikan rendah dan kadang-kala pendidikan awal.
Family UMNO?
Kebanyakan yang penulis kenal, anak sudah remaja bila bertanya hal politik, ibubapa akan berkata:
“Kau tumpu belajarlah dulu…”
Akibatnya, yang masuk UMNO kebanyakannya tidak ada asas dan kefahaman yang kukuh.
Tidak tahu aspirasi UMNO ditubuhkan, tidak faham jiwa dan perjuangan UMNO.
Tidak kurang yang masuk UMNO kerana mengejar keuntungan dan menganggap UMNO sebagai lombong kekayaan.
Ahli macam ini pasti tidak ada kapasiti untuk mempertahankan bukan sahaja partinya, malah pemimpinnya.
Jadilah seperti ‘merry-go-round’ lepas satu-satu-satu pemimpinnya tumbang.
UMNO Memerlukan Reset Dengan Segera
Sama ada pemimpin tumbang itu mengalah di bawah tekanan ataupun yang cuba melawan, akan dikenakan pelbagai tekanan undang-undang.
Benda ini tidak boleh berjaya kalau ahli UMNO macam ahli parti lain yang mempertahankan pemimpin dan organisasi.
Tidak cepat melatah dan tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit.
Ini adalah ulasan penulis tentang peremajaan parti ini bukan sekadar masuk ke dunia Twitter dan TikTok.
Betul kena ada, tapi bukan itu sahaja.
Sebenarnya benda ini penulis pernah cuba sampaikan kepada kepimpinan UMNO ketika 2018.
Hendak mulakan satu sistem yang kembali menarik anak-anak adalah benda yang hampir mustahil dilaksanakan dalam masa terdekat.
Sebab itu penulis cadangkan mulakan dengan kembali ke akar mereka iaitu rapatkan diri dahulu.
Buang sikap elitis dengan menyantuni NGO-NGO Melayu Islam.
Betul-betul bina hubungan rapat sepertimana tertubuhnya parti ini.
Adakah UMNO akan ada masa depan?
Jawapannya ada pada ahli dan pemimpin parti UMNO sendiri.
Tapi kalau masalah sistemik ini tidak berubah, naikkan siapa pun akan ditimbulkan isu lain dan dipancung.
UMNO adalah parti yang paling tidak seksi untuk disertai sekarang sebab tidak ada semangat setiakawan, tidak ada jiwa, ahli-ahlinya suka tuding-menuding.
Mampukah UMNO Bangkit Semula?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja
- Kini DUN Melaka Hanya Mempunyai 2 Wakil Pembangkang
- Barah Sebenar Dalam UMNO