Polis Turkiye tahan 44 suspek perisik Mossad

Polis Turkiye tahan 44 suspek perisik Mossad

Polis Turkiye tahan 44 suspek perisik Mossad
POLIS Turkiye menahan 44 suspek dipercayai berkhidmat sebagai perisik Mossad.-AGENSI

ISTANBUL: Perisikan dan polis Turkiye dilaporkan menahan 44 suspek yang dipercayai bekerja untuk perkhidmatan perisikan Mossad Israel bagi mengintip warga Palestin yang tinggal di negara ini.

Akhbar Turkiye Sabah melaporkan, suspek berpura-pura bekerja sebagai perunding swasta tetapi misi sebenar mereka adalah untuk memantau rakyat Palestin dan kumpulan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikendalikan Palestin.

Laporan itu menambah bahawa individu itu dibayar oleh Mossad untuk mengintip sasaran Palestin dan menyerahkan maklumat serta data peribadi kepada pengendali Israel.



Sabah melaporkan mahkamah Istanbul telah secara rasmi menahan tujuh daripada suspek sementara 13 lagi dibebas dan selebihnya sedang disoal siasat oleh bahagian anti-keganasan polis Istanbul.

Menurut akhbar harian itu, salah seorang suspek utama yang dikenal pasti sebagai IY menubuhkan persatuan detektif swasta di Turkiye pada pertengahan 2000-an dan kini menjalankan syarikat detektif swastanya sendiri.

Turkiye dan Israel memutuskan untuk memulihkan sepenuhnya hubungan diplomatik mereka awal tahun ini selepas ketegangan bertahun-tahun dalam beberapa isu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pegawai Turkiye berkata, kebanyakan pemimpin Hamas di berada di negara ini kerana perjanjian pertukaran tahanan Israel sendiri, di mana rakyat Palestin yang dibebaskan dihantar ke Turkiye dan Qatar.



Pada Oktober tahun lalu, agensi perisikan Turkiye, MIT menahan 15 lelaki yang dituduh mengintip untuk Mossad, termasuk warga Palestin yang hilang selama hampir sebulan.

Sumber itu menambah bahawa rakyat Palestin dan Syria adalah antara yang ditangkap tahun lalu dan mereka ditugaskan untuk mengumpul maklumat mengenai pegawai Turkiye dan pelajar Palestin di dalam negara ini.-AGENSI

Agong optimis pertingkat hubungan Malaysia-Turkiye

Polis Turkiye tahan 44 suspek perisik Mossad

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker