Ukraine beri amaran Russia bakal lancar serangan baharu menjelang tahun baharu

Ukraine beri amaran Russia bakal lancar serangan baharu menjelang tahun baharu

Ukraine beri amaran Russia bakal lancar serangan baharu menjelang tahun baharu
ANGGOTA tentera Ukraine berdiri di tepi kapal pengangkut peribadi berperisai yang musnah di kampung Petropavlivka di wilayah Kharkiv.-AFP

KYIV: Pegawai kanan Ukraine mendakwa Presiden Russia, Vladimir Putin sedang bersiap sedia dengan serangan baharu yang lebih besar menjelang tahun baharu, walaupun selepas beberapa siri kemunduran memalukan bagi Russia sejak beberapa bulan lalu.

Dalam temu bual dengan portal The Guardian, Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksii Reznikov berkata, walaupun Ukraine kini berjaya mempertahankan diri daripada serangan peluru berpandu Russia yang menyasarkan infrastruktur utama termasuk grid tenaga, bukti baharu menunjukkan Kremlin sedang merancang serangan baharu yang lebih luas.

Reznikov mengulangi kenyataan serupa yang dibuat oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy; Ketua Angkatan Tentera, Jeneral Valerii Zaluzhnyi; dan Ketua Pasukan Tentera Darat, Kolonel Jeneral Oleksandr Syrskii.



Kenyataan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha koordinasi untuk memberi amaran terhadap sikap tenang dalam kalangan sekutu barat dan menyerlahkan ancaman berterusan Russia terhadap Ukraine.

Walaupun Reznikov mencadangkan serangan baharu boleh berlaku menjelang Februari, pegawai kanan lain menyatakan mereka percaya ia mungkin berlaku seawal Januari.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Merujuk kepada pengerahan sebahagian daripada kira-kira 300,000 tentera Russia, Reznikov berpendapat, separuh daripada jumlah itu digunakan untuk menguatkan pertahanan Moscow selepas siri kemunduran sementara selebihnya bersedia dengan lebih teliti untuk serangan pada masa depan.

“Bahagian kedua mobilisasi melibatkan kira-kira 150,000 tentera memulakan kursus latihan mereka di kem yang berbeza.



“Mereka mungkin membuat persiapan sekurang-kurangnya tiga bulan. Ini bermakna mereka cuba memulakan gelombang serangan seterusnya sekitar Februari seperti tahun lepas. Itu rancangan mereka,” jelas Reznikov.

Amaran itu berikutan bukti keinginan berterusan Putin untuk meneruskan perang ke tahun depan, termasuk usaha perolehan peluru berpandu dari Iran dan analisis oleh pengulas Russia yang berpendapat Kremlin tidak mungkin berundur daripada konflik itu.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Kremlin sedang cuba mencari penyelesaian baharu bagi mendapatkan kemenangan,” kata Reznikov.

Dalam majalah The Economist, Jeneral Zaluzhnyi menyampaikan amaran yang sama, namun menolak beberapa dakwaan barat bahawa sebahagian besar mobilisasi Putin telah gagal.

“Gerakan mobilisasi Russia sudah berjaya. Mereka 100 peratus sedang bersedia. Serangan besar Russia boleh berlaku pada bulan Februari, paling baik pada Mac dan paling teruk pada akhir Januari,” jelas Zaluzhnyi.

Dalam taklimat lain Khamis lalu, Timbalan Menteri Pertahanan, Hanna Maliar juga memberi amaran supaya tidak membenarkan sikap berpuas hati selepas kemunduran tentera Russia baru-baru ini.

“Kami dan dunia tidak sepatutnya berehat, kerana matlamat utama Persekutuan Russia adalah untuk menakluki seluruh Ukraine,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Penilaian bahawa Russia mungkin sedang menyediakan kempen berskala besar menentang Ukraine dalam beberapa bulan akan datang bertentangan dengan taklimat perisikan dan analisis terbaharu yang mencadangkan tempo perang dan usaha Russia akan bertukar perlahan sepanjang musim sejuk di Ukraine.

Tentera Ukraine kini dilatih di beberapa negara barat, dan ketibaan tentera terlatih asing dalam setiap unit di seluruh negara bersama taktik hibrid Ukraine dan senarai senjata yang diharapkan untuk diterima daripada negara sekutu, akan membolehkan Ukraine menahan serangan baharu itu.

 

Ukraine beri amaran Russia bakal lancar serangan baharu menjelang tahun baharu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker