Singapura jadi destinasi pilihan penjenayah buruan dari Indonesia ?

Singapura jadi destinasi pilihan penjenayah buruan dari Indonesia ?

Singapura jadi destinasi pilihan penjenayah buruan dari Indonesia ?
YASONNA LAOLY

JAKARTA: Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasonna Laoly mendakwa Singapura sering menjadi destinasi terakhir atau tempat transit bagi penjenayah yang disyaki melarikan diri dari republik itu.

Yasonna mendedahkan perkara itu ketika menyuarakan pandangan kerajaan dalam satu mesyuarat bagi menyetujui ratifikasi rang undang-undang perjanjian ekstradisi antara Indonesia-Singapura di Dewan Perwakilan Rakyat.

“Kami mendapati Singapura kerap menjadi destinasi terakhir atau tempat transit kebanyakan penjenayah yang disyaki,” katanya seperti dilaporkan oleh CNN Indonesia.

Menurut beliau, situasi itu boleh difahami memandangkan Singapura tersenarai sebagai antara negara membenarkan perjalanan tanpa visa bagi pelawat dari Indonesia.

Jelasnya, perjanjian ekstradisi antara Indonesia dan Singapura juga tidak dapat dipisahkan berikutan dipengaruhi oleh geografi atau kedudukan kedua negara itu yang bersebelahan.

Sementara itu, Yasonna berkata, ratifikasi perjanjian ekstradisi antara dua negara itu juga akan memudahkan pihak berkuasa Indonesia menahan penjenayah disyaki yang melarikan diri ke Singapura.

Perjanjian itu turut mengawal selia beberapa perkara termasuk persetujuan pihak berkaitan untuk melaksanakan proses ekstradisi, perbuatan jenayah yang boleh diekstradisi, alasan ekstradisi dan pengurusan menyerahkan suspek.

“Jadi, kerajaan Indonesia perlu melakukan tindakan susulan berhubung ratifikasi perjanjian ekstradisi mengikut peruntukan di bawah Perkara 10 Undang-Undang Nombor 24 mengenai Perjanjian Antarabangsa,” katanya.

Parlimen Indonesia luluskan perjanjian ekstradisi dengan Singapura

Singapura jadi destinasi pilihan penjenayah buruan dari Indonesia ?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker