Britain berdepan gangguan bekalan elektrik

Britain berdepan gangguan bekalan elektrik

Britain berdepan gangguan bekalan elektrik

LONDON: Rakyat Britain berdepan masalah gangguan bekalan elektrik dengan Pejabat Meteorologi dipersalahkan kerana gagal mengeluarkan amaran awal mengenai keadaan cuaca semasa di bawah sifar di negara ini.

Ramai percaya jika pakar telah meramalkan suhu beku lebih awal, pegawai boleh menyimpan bekalan gas untuk memenuhi permintaan.



Sebaliknya, rakyat Britain mungkin akan berdepan gangguan bekalan elektrik apabila syarikat pembekal tenaga, National Grid bergelut untuk mengatasinya.

Beberapa sumber Westminster kini mempersoalkan sama ada nasihat kerja dari rumah yang dikeluarkan jabatan meteorologi mungkin menjadi punca kegagalan itu.

“Adakah ini satu lagi peristiwa di mana bekerja dari rumah telah menurunkan kualiti perkhidmatan awam,” kata salah seorang penduduk di laman sosial.

Suhu turun kepada -17.3 darjah Celsius ketika cuaca sejuk mencengkam Britain minggu ini sumber mendakwa peramal meremehkan secara dramatik skala beku Artik itu.



Cuaca beku menyaksikan National Grid mencetuskan pelan kuasa sandarannya berikutan kebimbangan kehabisan bekalan tenaga.

Ia menyalakan unit arang batunya buat kali pertama pada musim sejuk ini selepas sebelum ini mendakwa ia hanya akan digunakan sebagai pilihan terakhir untuk mengelakkan masalah terputus bekalan.-AGENSI

Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button