Brownies Kedut Super Sedap

Brownies Kedut Super Sedap
Brownies Kedut Super Sedap

 

Che Nom akan tunjukkan cara buat brownies yang paling sedap dan takkan anda lupakan. Tekstur brownies ni sangat fudgy dan lembab, sangat harum baunya, rupa kedutan atas yang menarik, ditambah pula rasa coklat yang di enhance kan rasanya dengan bancuhan kopi atau espresso, memang macam makan kat cafe mahal lah.

 

Bahan-bahan:

 

  • 300g coklat gelap/dark chocolate
  • 150g mentega tak bergaram/unsalted butter
  • 100g tepung gandum
  • 30g serbuk koko
  • ½ sudu kecil garam halus
  • 2 sudu besar air panas
  • ¾ sudu kecil serbuk espresso/nescafe
  • 200g gula perang (soft brown sugar), kurangkan 150g kalau nak kurang manis
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 sudu kecil esen vanilla

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan oven pada suhu 160°C. Gris dulang bersaiz 9X9 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas baking.
  2. Cairkan dark chocolate bersama mentega menggunakan kaedah double boiler. (Sila rujuk tips).
  3. Ayak semua bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk koko dan garam halus.
  4. Bancuh air panas bersama serbuk espresso atau nescafe. Ketepikan.
  5. Pukul telur bersama gula sehingga sebati, tapi JANGAN lama dan kuat sangat. Nanti tak jadi kedut.
  6. Masukkan esen vanilla.
  7. Masukkan cairan coklat dan metega tadi, bersama juga bancuhan kopi. Kacau sekejap.
  8. Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan menggunakan spatula agar semua bahan sekata.
  9. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit, atau sehingga lidi yang dicucuk ada sedikit basah berketul coklat bila ditarik keluar. Tak perlu licin sgt nanti brownies akan overbaked.

 

Tip:

 

  • Kaedah Double Boil ialah kaedah dimana kita masah sesuatu bahan dengan menggunakan steam di permukaan bawah, tanpa terkena direct heat dari api. panaskan periuk kecil dan letak mangkuk di atasnya sebagai penutup supaya steam tak keluar.
  • Boleh juga gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri, tapi tekstur brownies akan jadi lebih ringan dan macam kek sikit, kurang fudgy.

Resepi Cheesecake Brownies

Brownies Kedut Super Sedap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker