Caliph Busker terpaksa merayu minta bayaran

Poket kosong pergi buat show, “Sampai hati kau kenakan orang buta”

Caliph Busker terpaksa merayu minta bayaran

Caliph Busker terpaksa merayu minta bayaran
Caliph Busker tuntut bayaran persembahan.

ANGGOTA kumpulan Caliph Busker iaitu Fendy Adlun terpaksa merayu kepada pihak penganjur sebuah acara di Pulau Pinang agar membayar wang persembahan mereka yang dibuat pada 9 dan 10 Disember lalu.

Fendy, 31, berkata, pihak tersebut seolah-olah mengelak dengan memberikan pelbagai alasan meskipun sudah memberi kelonggaran dengan tidak mengambil wang deposit sebelum mengadakan persembahan.

Jelasnya mereka sangat memerlukan wang berkenaan disebabkan hanya bergantung dengan pendapatan persembahan pentas dan busking.

“Kami sudah bertolak ansur tidak memaksa memberi deposit yang sepatutnya kami ambil, sekarang kami juga mohon agar pihak berkenaan dapat membayar paling tidak separuh dahulu kepada kami.

Caliph Busker terpaksa merayu minta bayaran
Caliph Busker tidak menerima sebarang bayaran selepas persembahan.

“Sampai hati kau kenakan orang buta. Kalau aku boleh kerja macam kau, tak apa. Tapi inilah kerja yang kami ada… kalau tak buat persembahan pentas, busking.

“Busking pun kau faham-fahamlah musim hujan sekarang. Kadang-kadang busking pun tak dapat apa-apa. Jadi, bila ada show barulah sedap sikit,” katanya.

Fendy berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Difahamkan, pihak penganjur persembahan berkenaan menjanjikan bayaran sebanyak RM10,000 kepada kumpulan berkenaan.

Dalam pada itu, Fendy memberitahu demi menjayakan acara tersebut, mereka menolak beberapa undangan lain kerana percayakan penganjur berkenaan.

Malah dedahnya, ada di antara mereka yang pergi ke Pulau Pinang tanpa sebarang wang dalam poket kerana mengharapkan bayaran dijanjikan selepas selesai persembahan.

 

Caliph Busker terpaksa merayu minta bayaran
Caliph Busker harap pihak penganjur bertanggungjawab.

“Kalaulah kalian tahu, kami sudah pun menolak beberapa undangan lain kerana mahu memenuhi undangan kalian.

“Ada juga antara kami yang datang ke tempat kalian tanpa membawa satu sen pun kerana mengenangkan janji kalian untuk membayar kami setelah selesai kami membuat persembahan,” jelasnya.

Untuk rekod, Selain Fendy, Caliph Buskers dianggotai Azmi Saat sebagai vokalis, Zaki Ismail (pemain gitar bass) dan Nirwan Zainalabidin (pemain gitar).

Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

Caliph Busker terpaksa merayu minta bayaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker