Catriona Ross – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Catriona Ross – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Catriona Ross - Biodata, Profil dan Latar Belakang

Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross (dilahirkan pada 2 September 1980) merupakan seorang pelakon, model, pengacara, penulis skrip, dan penulis buku wanita Malaysia yang berwajah Pan-Asian.

Beliau juga merupakan penulis skrip drama tv dan buku bersama bapa saudaranya, penyanyi Razzi Rahman yang masyhur pada 1990-an. Beliau turut mempunyai laman web mengenai cinta, hubungan dan cerita yang turut menjual barangan seperti tshirt, mug dan pelekat kereta.



Kerjaya seni Catriona bermula apabila berjaya dalam ujibakat untuk menjadi pengacara Wayang Kita terbitan Astro Ria.

Kehidupan peribadi

Catriona dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 2 September 1980 dan berdarah kacukan Melayu Kelantan (ibu) dan Scotland (bapa). Merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik. Catriona mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu. Kemudian berpindah ke Sekolah Sri Inai Junior, sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur, kerana mengikuti tuntutan kerja ayahnya sebagai jurutera. Selepas itu Catriona kembali ke Kota Bharu dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Naim Lil Banat, sebelum mengakhiri pengajian menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra.

Selepas tamat persekolahan, Catriona melanjutkan pengajian tingginya di Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari tahun 1998 hingga 2002.

Pada 26 Jun 2009, Catriona telah selamat dinikahkan dengan penerbit dan pengarah rancangan hiburan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin di Kota Bharu, Kelantan. Mereka berdua telah dikurniakan dengan tiga orang anak, Sephia Rania, Edruce Riyadh dan Jammal Raess.



Kemalangan

Pada April 2007, kereta yang dinaiki Catriona berlanggar dengan lori di lebuh raya Utara Selatan. Akibat dari itu, beliau patah kedua belah kaki, tangan dan cedera di kepala dan badan, terpaksa tinggal di hospital sehingga Jun 2007.

Catriona Ross – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Peserta ANTM biadab kena ‘sekolah’ dengan Catriona Ross

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button