Lelaki maut tong minyak hidraulik meletup

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki maut tong minyak hidraulik meletup
Keadaan mangsa di tempat kejadian, dengan kecederaan parah pada kepala dan putus tangan kiri akibat terkena letupan tong minyak hidraulik di sebuah pusat kitar semula besi buruk di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu semalam.

Seorang lelaki meninggal dunia dalam kejadian letupan tong minyak hidraulik di sebuah pusat kitar semula besi buruk di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 1.30 petang semalam, mangsa warga tempatan berusia 37 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.



“Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan putus tangan kiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata berdasarkan maklumat saksi, kejadian berlaku ketika mangsa memotong besi di atas tong minyak hidraulik berkenaan menggunakan pemotong oksigen.

“Akibat kepanasan tong minyak hidraulik tersebut telah mengembang dan meletup. Tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut ,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button