Kami juara dunia – Messi

DOHA: Lionel Messi menghargai sokongan penyokong Argentina yang hadir di Stadium Lusail selepas memberikan inspirasi untuk pasukan itu menjulang trofi Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun.

“Kami adalah juara dunia,” laung Messi dengan menggunakan mikrofon selepas dua jaringannya dan sepakan penalti pada penentuan penalti membantu Argentina mengesahkan kejuaraan.

Messi memeluk ahli keluarganya dan rakan sepasukan selepas aksi final penuh dramatik yang berkesudahan 3-3 sehingga tamat masa tambahan yang menyaksikan Kylian Mbappe meledak hatrik dan tiga sepakan penalti yang berjaya disempurnakan.



Messi dan Mbappe turut berjaya menyempurnakan sepakan pada penentuan penalti sebelum penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menggagalkan sepakan Kingsley Coman manakala Gonzalo Montiel memastikan kejuaraan milik skuad La Albiceleste.

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, pemain sayap, Angel Di Maria yang meledak gol kedua pasukan itu dan Martinez tidak dapat menahan air mata mereka sebaik wisel penamat dibunyikan.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button