Kek Coklat Kukus Lembap

Kek Coklat Kukus Lembap
Kek Coklat Kukus Lembap

 

Kek Coklat Kukus Lembap yang menggunakan kaedah sukatan cawan di dalam penyediaan bahan-bahannya. Kek ini tidak menggunakan telur tetapi hasilnya tetap sedap, lembut dan lembab. Boleh dikukus dalam bekas-bekas kecil jika anda mahu sediakan sebagai kek untuk ‘door gift’ atau juga untuk hidangan di majlis keraian.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk A:
    • 1 cawan tepung naik sendiri
    • 1 cawan serbuk koko
    • 1 sudu teh baking powder
  • Bahan-bahan untuk B:
    • 1/2 cawan minyak sayuran
    • 1/2 cawan susu pekat manis
    • 1/4 cawan gula kastor
    • 2 sudu teh esen vanila
    • 1 cawan air panas
  • Bahan-bahan untuk topping coklat:
    • 100g coklat masakan, dark coklat
    • 1/4 cawan susu segar
    • 2 sudu besar mentega
    • 1 sudu besar susu pekat
    • coklat rice untuk hiasan

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk kek:
    1. Panaskan periuk kukusan yang sudah berisi air.
    2. Griskan loyang dengan butter dan taburkan dengan sedikit serbuk coklat supaya mudah dikeluarkan nanti.
    3. Ayak bahan-bahan A di dalam mangkuk dan ketepikan.
    4. Dalam mangkuk berasingan tuang minyak sayuran bersama susu pekat manis, gula kastor dan esen vanila. Kacau dengan whisk sehingga sebati.
    5. Tuang air panas berselang seli dengan bahan ayak tadi. Kacau lagi dengan whisk sehingga adunan hilang ketulan-ketulan dan halus sekata.
    6. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25-30 minit. Sejukkan kek dahulu sebelum dikeluarkan daripada loyang.
  2. Cara-cara untuk topping coklat:
    1. Panaskan air dan letak mangkuk di atas permukaan wap. Kaedah ini dinamakan ‘double boiler’.
    2. Masukkan coklat, susu, butter dan susu pekat. Kacau sehingga topping cair dan adunan menjadi sebati.
    3. Sejukkan sebelum tuang topping coklat di atak kek.
    4. Tabur dengan coklat rice sebagai hiasan

 

Tip:

 

  • Balut dan ikat kemas penutup kukusan dengan kain supaya air kukusan tidak menitik di dalam adunan kek.
  • Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari loyang supaya mendapat hasil permukaan kek cantik dan licin.

Kek Coklat Moist Leleh

Kek Coklat Kukus Lembap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker