Mechamato Movie raih RM18 juta

KUALA LUMPUR: Filem animasi Mechamato terbitan Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) meraih kutipan lebih RM18.3 juta dalam tempoh 11 hari tayangan di pawagam di seluruh negara.

Berita gembira itu diumumkan Monsta menerusi hantaran Instagram (IG) yang turut menyatakan filem animasi terbabit mencatat 1,280,000 penonton dari seluruh negara.

“Alhamdulillah terima kasih buat 1,280,000 penonton yang sudah menonton #MechamatoMovie. Filem ini berjaya meraih RM18 juta dalam masa 11 hari.

“Kepada yang belum menonton, jom rasai pengalaman bersorak dan tepuk tangan dalam pawagam,” kata entri berkenaan.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Monsta, Nizam Abd Razak menzahirkan ucapan terima kasih buat penonton yang tidak jemu menyatakan sokongan dan kepercayaan terhadap filem animasi tempatan.

“Kami sangat berterima kasih pada semua 1.28 juta penonton yang sudah menonton Mechamato Movie.

“Kami percaya masih ramai yang mahu menonton Mechamato Movie tetapi masih menunggu gaji minggu ini dan minggu hadapan.

“Jom tonton Mechamato Movie! Masih ada berbaki 14 hari cuti sekolah dan kami menyasarkan kira-kira 2.5 juta penonton secara keseluruhan,” katanya.



Filem Mechamato berkisar remaja lelaki bernama Amato menjumpai sebuah kapal angkasa penjara yang membawa robot jahat terhempas di bumi.

Salah satu robot itu adalah MechaBot yang mempunyai kebolehan bergabung dan menjadikan sesuatu objek sebagai alat berteknologi tinggi.

Amato berjaya mengatasi MechaBot dan menjadi tuan kepada robot itu, sekali gus membuatkan mereka bekerjasama untuk mengesan dan menangkap robot jahat.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker