Operasi SAR 9 lagi mangsa tanah runtuh diteruskan

BATANG KALI: Memasuki hari keempat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini diteruskan hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Selangor, Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan memberi fokus di Sektor A (Hillview) dan Sektor C (Riverside) serta kawasan sekitar yang belum digali.

Enam anjing unit pengesan (K9) turut mula dibawa masuk ke kawasan pencarian pada 8.30 pagi tadi, dalam keadaan cuaca mendung pada pagi ini.

Semalam operasi berkenaan ditangguhkan pada kira-kira 9.30 malam berikutan keadaan cuaca buruk.

Setakat ini, 24 mangsa disahkan meninggal dunia dan 61 orang selamat daripada keseluruhan 94 mangsa.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker