Pemilihan parti 2023 Paling bahaya dalam sejarah UMNO : Ancaman “Enemy at the gate”

 

Oleh Adam Malik

Pada pemilihan UMNO yang akan datang pada 2023  yang dijangka akan berlangsung beberapa bulan lagi ,UMNO boleh dikira berada didalam ancaman besar.

UMNO tidak seperti parti parti lain yang ada didalam negara.

Selain menjadi perti terbesar dalam negara , UMNO juga menjadi idaman banyak pihak yang berada diluar UMNO.



Ahli ahli UMNO berkemungkinan tidak tahu siapa kah “enemy at the gate” yang sentiasa menunggu peluang sama ada untuk tawan UMNO atau untuk pecahkan UMNO.

Kebanyakan ahli nya sekadar tahu perkara ‘surface’ yang mereka lihat sahaja tanpa mengetahui perkara ‘below surface’ yang mengancam parti mereka.

Ada juga yang melihat perkara semudah ABC dan anggap tukar kepimpinan seperti menukar Presiden dan semua nya akan “okay’.

Mereka lupa ada musuh yang sentiasa menunggu untuk memecahkan UMNO supaya ahli yang tidak puas hati jika “warlord” mereka tidak dipilih maka akan melompat kepada mereka.



Ancaman luar seperti Tun Mahathhr yang tidak pernah henti merancang perguna pihak lain dan juga Muhyiddn Yassin yang masih bercita cita mahu menjadi Perdana Menteri masih kekal.

Ahli UMNO juga ramai yang tidak tahu berkenaan ancaman pihak “Broker’ yang terpaksa membuat kerja arahan ‘Tuan” mereka yang juga watak yang sama tersebut diatas.

Pada pemilihan  UMNO pada tahun 2023 dijangka beberapa calon yang dipasang dan ditaja pihak luar dan juga  yang ada “dana” yang diperolehi ketika menjadi anggota kabinet kerajaan sisa sisa “Sheraton Move” akan bersaing merebut jawatan tertinggi UMNO untuk membawa UMNO kepada “tuan” mereka yang berada diluar.

Mereka mahu bawa UMNO kepada Perikatan Nasional dan bernegosiasi jawatan dengan pihak PN.

Selain menggunakan naratif “Presiden” perlu ditukar  mereka juga akan membawa slogan “perubahan” konon UMNO perlu berubah .

Namun, slogan ‘berubah” atau ‘reform” sekadar slogan kosong sahaja kerana  apa yang mereka mahu ada lah mereka yang memimpin UMNO. Itu sebenar nya.

Terkini , apabila Tun Mahathir meletak  jawatan dari PEJUANG , ia sebenar nya laluan untuk Mukhriz meneraju PEJUANG.

Sementara itu, Tun Mahathir boleh fokas kepada Gerakan Tanah Air (GTA) dan bersedia untuk ‘merger’ dengan Muafakat Nasional 2.0 kemudian nanti.

MN 2.0 pula akan berharap puak sengketa dari UMNO pada Pemilihan Parti keluar UMNO apabila calon mereka tewas dengan puak ProPresiden.

Sambil itu mengumpul ahli sebagai NGO terlebih dulu.

Di percayai Tun Mahathir juga dibelaang hal ini.

Selain itu, maklumat kami terima, wakil dari calon calon Pro Kluster Broker akan berunding secara sulit dengan Anwar Ibrahim meminta beliau tidak membantu pihak ProPresiden pada pemilihan UMNO.

Pelik , sambil mereka mendapat bantuan dan sokongan pihak luar, pihak ProPresiden pula tidak boleh berbuat sedemikan.

Namun jangkaan kami perpecahan tetap akan berlaku kerana pihak berlawanan sentiasa mahu kehendak mereka tercapai.

Sama ada dapat tawan UMNO untuk dibawa kepada “Tuan” mereka atau dapat pecahkan UMNO untuk juga dibawa ahli picisan yang kecewa calon Broker mereka yang tewas untuk keluar UMNO.

Diwaktu di tulis ini, seorang ‘Broker’ bertaraf ‘senior’ sangat giat berkempen merata tempat untuk menghasut.

Beliau antara paling takut dengan “Tuan” yang me”remote” kerana terlalu banyak mengetahui hal hal dan kisah nya.

Ada juga sumber memberitahu , akan ada cabaran guaman yang akan direka apabila pihak tertentu tewas lalu dapat membawa UMNO kemahkamah dan peluang membatalkan parti melalui Ros.

Maka, nyata sekali pemilihan UMNO pada tahun 2023 ada lah “vital” dan berisiko kerana ancaman pihak luar yang sentiasa menunggu peluang.

Ahli UMNO harua berehati hati dengan ancaman musuh diluar pagar yang mahu sama ada ‘tawan’ UMNO atau “bubar” UMNO.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker