Perjalanan pulang ke rumah berakhir tragedi



Perjalanan pulang ke rumah berakhir tragedi

Perjalanan pulang ke rumah berakhir tragedi
Keadaan motosikal yang dinaiki mangsa.- Foto Ihsan Pembaca

HULU SELANGOR: Perjalanan pulang seorang ejen hartanah ke rumah berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas merempuh sebuah kereta di simpang tiga Taman Rasa Utama, Kilometer 12 Jalan Kuala Kali-Bukit Beruntung, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, lelaki berusia 28 tahun itu yang menunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki ZX600 meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata siasatan mendapati penunggang motosikal dalam perjalanan menghala ke Bukit Sentosa.



Perjalanan pulang ke rumah berakhir tragedi
Keadaan kereta Toyota Vios dan motosikal berkuasa tinggi Kawasaki ZX600 yang terbabit kemalangan maut di simpang tiga Taman Rasa Utama, Kilometer 12 Jalan Kuala Kali-Bukit Beruntung, malam tadi. – Foto ihsan Pembaca

“Mangsa tidak sempat mengelak Toyota Vios dipandu seorang wanita berusia 28 tahun yang sedang masuk simpang Taman Rasa Utama lalu menyebabkan pelanggaran.

“Akibat kemalangan itu, lelaki berkenaan maut di lokasi akibat parah di kepala,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Perjalanan pulang ke rumah berakhir tragedi
Keadaan kereta Toyota Vios dan motosikal berkuasa tinggi Kawasaki ZX600 yang terbabit kemalangan maut di simpang tiga Taman Rasa Utama, Kilometer 12 Jalan Kuala Kali-Bukit Beruntung, malam tadi. – Foto ihsan Pembaca

Susulan itu, Suffian berkata, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu supaya tampil membantu siasatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Tragedi Queensland ragut enam nyawa

Perjalanan pulang ke rumah berakhir tragedi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker