Pesara guru rugi RM92,000 diperdaya Macau Scam

Pesara guru rugi RM92,000 diperdaya Macau Scam

Pesara guru rugi RM92,000 diperdaya Macau Scam

KUANTAN: Seorang pesara guru wanita berusia 61 tahun kerugian RM92,000 selepas diperdaya Macau Scam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata berdasarkan laporan, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai Tabung Haji, pada Julai lalu.

“Mangsa didakwa telah menerima wang dana Tabung Haji sebanyak RM12,988 dan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram.

“Mangsa telah mengikut arahan suspek dengan memberi maklumat akaun miliknya dan turut membuka akaun bank bagi tujuan dana ikat jamin kerana terlalu takut.

“Pada awal Disember lalu, mangsa membuat semakan akaun bank miliknya dan mendapati pengeluaran wang ke akaun pihak ketiga sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM92,000 iaitu wang pencen pengadu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kes terbabit, Ramli berkata, pihaknya menasihati orang ramai supaya tidak melayan panggilan daripada nombor atau pihak yang tidak dikenali.

“Selain itu, jangan sesekali mendedahkan maklumat perbankan atau kewangan kepada mana-mana individu,” katanya.

Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

Pesara guru rugi RM92,000 diperdaya Macau Scam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker