Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi



Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi

Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi
Lokasi remaja lelaki dikhuatiri lemas di pesisir pantai Kampung Tempurung, Kuala Penyu. – Foto ihsan Bomba

KUALA PENYU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pesisir pantai Kampung Tempurung, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikatakan pergi ke lokasi untuk aktiviti riadah bersama dua lagi rakannya.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dilaporkan hilang sebelum dua rakannya yang berusia 15 dan 17 tahun ditemui selamat.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 petang.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi
Anggota bomba menjalankan operasi pencarian di lokasi mangsa dikhuatiri lemas. – Foto ihsan Bomba

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera dan bot terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Dua mangsa yang sebelum itu dilaporkan ditemui dalam keadaan selamat manakala seorang lagi mangsa masih hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dimulakan dengan kaedah pencarian di permukaaan air pada jam 5.54 petang menggunakan Bot Penyelamat bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Beliau berkata, radius pencarian SAR dijalankan sekitar dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Setakat ini, mangsa masih gagal ditemui dan operasi pencarian terpaksa ditangguhkan pada jam 7.07 malam.

“Operasi SAR akan disambung semula pada pagi esok dan sebarang maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Remaja lelaki ditemui lemas

Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker